CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 15 October 2012

Sedih

Assalamualaikum


Friday 12 October 2012

Lagu awak :)

Assalamualaikum.

 Ada senyum hari ini? Good! Senyum boleh buat kita awet muda. Nak awet muda tak? Awet muda dengan senyuman tak sesusah awet muda dengan minum jamu muda. *jamu tak sedap by the way. Pahit. Me don't like the rasa of jamu. That's way gemuk! hahahaha

 Saya ada masalah besar sekarang ini. Kerana hanya selalu berasa untuk menyanyi. Call mak wa pun wa terasa nak nyanyi. Parah wei! Kena masuk vokal bukan sekadar rupa ni. hahaha

 Owh yeah! Wa ada perangai pelik. I will stick to one song sampai rasa jemu dengan lagu tu. hahaha kalau bulan tu bulan lagu Kisah Hati. Memang 24/7 la saya bantai nyanyi lagu tu. Part chorus ulang banyak kali yang tak tahan tu. But selalunya lagu yang saya nyanyi adalah suara hati saya. *palmface

 For sekarang ni, lagu Hebat by Tangga sangat melekat dihati dan otak dan sanubari. Call semua orang rasa nak nyanyi. Sampai ada lah orang ni complain cakap suara tak sedap tak payah nak suruh orang dengar.

 Well. Saya nyanyi apa yang saya rasa dekat awak. Ngerti loe? Nggak?? Ya ampun! Pantasan gue nggak pas ngomong sama loe lebihan.*please that note yang saya bukan orang indonesia. Saya belajar dari sinetron dan beberapa bibik yang pernah ada untuk meringankan kerja katanya. Padahal menambah sesak didada.

 Owh ye! Beberapa orang telah sedar akan kepandaian saya menyusun bahasa untuk menulis dan bertutur. Siap mengimbau kenangan time sekolah lagi. "Patut la BM selalu dapat A".

 Saya memang macam ni. Saya bijak menulis. Tapi jangan ajak saya bersembang. Sepuluh awak tanya, 20 saya jawab. Pastu kadang kadang cara bercakap tak bermanners pulak tu. Main bantai je nak cakap apa. Ikut suka otak je bercakap.

 Back to the topic. Lagu bulan ni lagu hebat. Tajuk dia hebat. Saja nak feeling hebat sikit nyanyi lagu ni. Mohon tolong ignore step tarian dorang. Exercise tangan mungkin. Please :)



k bye. nak sambung exercise tangan :)

Friday 5 October 2012

Percaya

Assalamualaikum..

Zaman sekarang memang susah nak percaya orang kan? Kalau kita percaya orang, belum tentu orang percaya kita.

Tapi bagi saya, kalau da bertahun kenal tu, tak kan tak percaya lagi kan? Ke memang susah nak terima pakai akal apa yang saya cakap?

nangis

Assalamualaikum

Entri ini memerlukan saya menarik nafas sedalam dalamnya. Emo sikit. hahahahahaha

Kawan saya cakap: Tak berbaloi menangis untuk orang yang tak reti menghargai kita.

Saya cakap: Saya menangis sebab saya gembira dia bahagia dengan orang lain. Saya menangis sebab saya rasa beruntung bagi pihak gadis berkenaan. Saya menangis sebab saya masih pada dia. Dan saya cukup bodoh sebab biarkan semua ni berlaku

Benda da lepas

Assalamualaikum and hello people!

Berapa kali kita selalu memberi peluang dekat orang yang kita sayang? Sekali? Dua kali? For me, selagi kita sayang orang tu, selagi tu la kita akan bagi peluang dekat orang yang kita sayang tu. Betul?

Sampai la orang yang kita sayang tu pergi tinggal kita macam tu je. Macam tu je ke? No. Benda da terang lagi bersuluh. Saya je tak nampak. What a poor girl kan? hewhewhewhew

Tapi tidak mengapa. Saya da maafkan dia. Dan saya harap dia bahagia bersama kekasih hatinya yang pandai, kurus, cantik tu.

:)

Wednesday 19 September 2012

Cinta hati!

Assalamualaikum :)



Hari ni saya nak cakap yang....



saya benci dengan kerja group. Tak pernah suka pun sebenarnya. hahaha kejam kan? Tapi tu reality. saya sangat berharap UNITEN takde kerja group. Nak kerja individu. Ada tak? Kalau takde. Takpe. Cancel masuk UNITEN. hahaha

Tadi wa sembang dengan boipren wa. Sengal wei dia! Terus tak boleh tidur sebab dia punya sewel. Aku cakap elok elok. Dia main main. Aku cakap main main dia serius. Hampeh punye boipren!


Kindly meet my boipren yang tak berapa nak membantu sangat:








See! Memain lebih dia ni. Memang layak kalau aku ignore untuk 3 bulan.

k la.bye! :)

Tuesday 18 September 2012

Awak dan awak sekali

Assalamualaikum.. what a week la kan :)

Ibu wa pernah cakap "Besar mana pun dugaan kita, Allah sentiasa ada untuk kita. Jangan lupa doa. Doa tu boleh buat kita kuat"

Yes. Aku ni nampak je brutal. Tapi wa punya hati manyak lembik macam tisu. Lu cakap lu tak jadi keluar dengan wa pun wa da boleh sebak semacam. Belum masuk bab bab tengok cerita cinta yang tangkap feeling. Habis wa nangis. 1000 kali tengok Remember Me 1000 kali tu jugak la aku pakat nangis. Over kan? emosi terlebih wa ni.

Minggu ni minggu paling terbaik aku pernah ada. Time ni la mesin basuh nak de conflict la ape la. It's ok. Semua da settle. And now. Aku happy tahap gajah la plak masalahnya! Masak masak. Susah kan hidup ni?

Kadang kadang aku rasa hidup ni complicated gila. Awak awak kalau ada dekat tempat saya mesti awak pening. Kalau awak da pening lagi la saya yang merasa. Sampai satu tahap saya rasa saya nak duduk diam diam dalam bilik tido sampai la saya balik penang.

Saya rindu rumah. Dekat rumah takde mamat sewel, perempuan mereng, lelaki tak berapa nak bijak, gadis banyak cerita, orang matang yang memeningkan. DAN! Dekat rumah takde masalah masalah yang tak sepatutnya wujud.

Penang dan kuala lumpur hanya beratus kilometer. Tapi aku still rasa jauh. Jauh der! Kalau aku la. Aku sanggup tidur dekat rumah diam diam dari travel sejauh penang dan kuala lumpur. Well, kawan aku cakap "kalau lah orang tu sanggup datang jauh jauh semata untuk pergi rumah kau, maksudnya dia sayang kau. Tak nampak lagi?" ehem..berapa kali aku nak cakap. Aku ni KAWAN dengan dia. Kawan la.

Then kawan aku cakap dengan kasarnya, "kawan tak kan susah payah travel jauh jauh. kalau aku, baik aku tido" Wait! kasar ke tu? hahaha ok.ignore aku please

It's ok peep's. Ibu wa cakap tak salah berkawan dengan beribu orang. Tak salah. So ok la kan. Wa kawan dengan dia. Wa selesa kawan dengan dia. Dia tak pernah suruh wa berubah. Wa nak berubah. Dia cakap tak payah. Then? Wa nampak dia as kawan yang baik. Kawan yang baik suppose terima semua perangai kita. Aku tau beza orang yang kawan dengan kita betul betul dengan orang yang kawan dengan kita sebab terpaksa.

Aku tau siapa yang betul betul kawan aku. Even dia kaki tipu ke ape ke. Dia still ada dekat aku time aku susah. Dia sanggup buat apa saja untuk aku. Orang yang konon mengaku kawan aku, bila aku susah..sound aku balik. Well..bila aku bercerita dekat kau maksudnya aku percya dekat kau. FYI, aku tak mintak duit kau pun. Aku just nak pandangan kau.

3 tahun setengah dekat unikop ni memang mengajar aku banyak benda. Beza kawan dengan lawan. Beza ikhlas dengan pura pura. Beza pencuri dengan peminjam. And! Beza kasih sayang dan simpati. hewhewhew

Jujur aku cakap..sepanjang dekat unikop. Aku sayang orang tu, orang ni, dia tu, dia ni..Tapi aku hanya simpati dekat makhluk tu. Tak lebih. Sebab simpati jugak aku ignore dia. Dia tak boleh salahkan aku. Aku jenis hati kental. Kau boleh mess up dengan aku. Jangan mess up dengan orang yang aku sayang. Kau cubit peha kanan dia, peha kiri aku berdarah. Cukup cukup la. Aku hormat kau atas beberapa sebab. Aku tak minta kau hormat aku. Just leave me alone. Biar aku decide apa aku nak buat. Biar aku decide dengan sapa aku nak in love, dengan sapa aku nak hang out. You said "no one would miss u than i do"

Silap besar tu. Silap. Wa rasa mak wa adalah segala galanya. Tak kan ada orang yang boleh sayang wa macam mana mak ayah wa sayang wa. Takde orang yang boleh rindu wa sebanyak mana mak ayah wa rindu wa. Wa ada problem, orang first wa cari adalah ibu wa. Bukan lu. So stop all the nonsense that u been telling others. Da da la tu menghancurkan hidup aku. Cukup la. Saya tak kan marah tak bersebab. Note that.

Saya happy dengan hidup saya sekarang. Yang lepas tu lepas la. Kalau awak nak ulang balik pun tak boleh. Once da buat, tak kan nak patah balik kan. Tak rock la camtu.

Sekian, terima kasih. DAN! awak yang "matamu redup bagai bayu". TERIMA KASIH :) U know terima kasih tu untuk apa

Friday 3 August 2012

Perangai

Assalamualaikum..

Dear laman sosial yang disediakan khas untuk manusia membebel seorang diri didepan keyboard tanpa memikirkan bahawa beriadah diluar rumah lagi best dari beriadah membazir masa dihadapan laptop/ ipad/ tablet dan sebagainya. Selamat berpuasa. *motip??

Yang sebenarnya,
Lately ni ada orang tanya aku. Kenapa aku jarang msg, jarang call. Jawabnye simple je. Sebab kau tak start dulu. Corak permainan aku senang je. Bila orang start dulu, aku akan start kemudian. Aku jarang nak start dulu. Bila aku start dulu then ko ingore aku, memang aku akan stop start dulu. Sebab aku seorang yang cepat bosan. Kalau tengah borak then aku diam, itu bermaksud aku bosan.

Sebab tu jugak la aku ada semua account laman sosial. Tapi tak pernah stick dengan beliau2. Bila aku rasa best aku stick lama la. Bila aku rasa macam so so. Aku stick sekejap. Bila aku rasa benda alah tu heaven. Aku stick lelama sampai aku rasa nak lekat diri aku dgn glue. Bila aku rasa beliau langsung tak menarik perhatian, aku dump beliau. Nampak corak dia macam mana?

Tapi! Tapi! Aku bukan jenis orang yang suka dump orang sesuka hati. Semua orang perlu ada ruang untuk diri sendiri kan? Sejujurnya i'm not prefer to get along with people yang jujur teramat. As bila aku aku tanya arah tuju hidup then dia bantai jawab dari A to Z. Jangan salah faham bila aku cakap aku tak suka. Aku cuma tak suka bila dia melibatkan aku dalam pelan kehidupan dia sambil lewa. Maksudnya dalam erti kata lain bergurau nak melibatkan diri aku dengan pelan kehidupan dia. No. No. Saya tak suka benda yang tak pasti. As kalau awak betul betul nak macam tu, show me your effort. Not your laugh.

I'm 21. Bukan 12. Da masa untuk saya fikir masa depan saya. Dan awak yang tak tahu apa apa pasal saya jangan nak judge saya sesuka hati awak. Saya bukan jenis orang yang hanya akan cari kawan bila bosan. Saya bukan jenis orang yang akan layan sesiapa yang datang dekat saya. Bukan ye. Bukan. Awak salah tafsir saya. Dan itu buat saya sangat terasa sebab awak cakap awak kenal saya. No my friend. Awak tak kenal saya lagi. Rahsia saya belum dalam kocek awak lagi. Rahsia saya masih dalam kocek seluar jean saya yang saya beli 3 tahun lepas.

muka pemegang rahsia


mereka kenal saya luar dalam
kocek dia penuh dengan rahsia saya
Berhenti la bertanya kenapa saya tak msg, tak call. Sebab saya perlukan ruang dalam hidup saya juga. Saya hormat awak sebagai kawan saya. Saya juga menghormati hati saya yang terasa dengan perkataan awak. Semua orang sibuk dengan kerjaya masing masing. Tapi saya tak faham bila ada orang yang mempergunakan kesibukan bekerja sebagai alasan unutk tidak membalas msg, tidak call. So, awak expect saya sebagai student tak sibuk? Saya juga sibuk dengan macam macam benda. Tapi saya still boleh cari masa untuk saya luangkan dengan awak. Tapi bila awak gunakan alasan sibuk kerja. Saya rasa itu bukan alasan yang logik. Saya tidak berapa gembira bila orang menetapkan saya masa bila saya bleh msg, call.

Sebab otak saya da set. Saya takkan msg, call org yang menetapkan masa untuk saya bersembang. Saya tak perlukan temujanji untuk bersembang dengan kawan sendiri bukan? Itu bukan kawan kalau perlukan tempoh masa untuk berhubung. Saya agak kejam sebenarnya. Kalau awak cakap "saya rasa saya perlu remove awak dari fb saya.Nanti gf saya marah" saya dengan rela hati mengremove kan diri saya terlebih dahulu. Sebab saya tak suka bila orang letak limit pasal benda yang tak tentu dalam hidup saya.

Saya tak suka jadi yang kedua even benda tu best. Saya tetap saya. Awak boleh suruh saya ubah diri saya. Tapi awak tak boleh ubah diri saya dalam jangka masa yang lama. Saya boleh berkawan dengan orang boleh terima saya yang agak kasar ni. Kawan kawan saya tak pernah kisah kalau saya kasar, gemuk, pakai tudung macam mak cik mak cik or whatevar. Sebab dorang kenal saya. Saya yang macam mana.

Fuhhhhhh...sekian terima kasih. Puas lepas marah kat sini. Sekian. sekian

Wednesday 1 August 2012

Dear kawan

Assalamualaikum

Saya mungkin boleh senyum bila saya pandang orang lain. Saya mungkin boleh ketawa bila orang lain ketawa dengan saya. Tapi saya tak boleh tipu diri saya sendiri. Saya boleh sembang dengan 1000 orang yang lain dari awak. Tapi tetap awak yang faham macam mana saya. Apa saya nak. Apa saya tak nak. Dan apa yang saya rasa.

Awak memang kawan terbaik saya pernah ada. Awak tak pernah tahu bertapa saya rindukan dorongan awak as a friend. Saya boleh ada 1000 kawan lain. Tapi dorang tak boleh nak buat macam mana awak buat dekat saya. I don't mind if others said i'm risking myself by continue be your friend. Sebab jadi kawan awak adalah satu anugerah yang sangat sangat sangat saya hargai.

Orang lain tak faham saya macam mana awak faham saya. Orang lain tak mampu nak layan kerenah saya macam mana awak layan kerenah saya. Ada yang cakap saya sunyi, bosan la ape la. No. NO! I'm just lost. Saya mula lost bila saya hilang awak as a friend. Sebab saya da hilang kawan yang selama ni ada bila saya susah, senang, sakit.

Dear awak yang awak tahu siapa yang saya maksudkan..saya nak awak tahu yang awak kawan berlainan jantina yang paling baik bagi saya. Remember when i told u that i don't want to be close to u?

I lied. I lied because i don't want you to know that i need u as my friend. I need u like badly. Saya ingat saya boleh cari kawan baik yang lain. Saya salah. Awak tetap awak. Saya tetap saya. Maaf

Tuesday 31 July 2012

Assalamualaikum..

Orang tua tua cakap ''susah dahulu,senang kemudian" Betul?? hahaha betul betul. TAPI! Orang muda muda sekarang cakap " Kenapa nak yang susah kalau kita ada yang senang? " Hat ni pun betul jugak. hahahaha *lalang!

Sebelum ni aku selalu cakap kat diri aku macam ni:

"Tak best jadi yang no 2. Tak feel ape ape. Aku TAMAK"

Well..sekarang aku nak ajar diri aku cakap:

"Jadi yang no 2 best jugak rupenye" hewhewhew

Kadang kadang orang lebih pandang yang kedua dari yang pertama. Even yang pertama yet the best. Tapi tak salah untuk jadi yang kedua kalau kita pun tak berapa serius untuk jadi yang pertama. 

Bukan niat nak menggalak. Tapi. Kedua tu best. Trust me! :)



Sunday 29 July 2012

Ayam hangus ayam mantap!

Assalamualaikum..mak saya cakap kalau tak pandai masak nanti mak mertua tak sayang. Betul ke??? Cepat cepat rasa gerun terus nak pandai masak dalam sekelip mata ibarat esok lusa nak kawin.hahaha

Sooo..arini nak share resepi ayam bakar. Ayam bakar ni best. Tak payah susah susah nak bakar pakai arang pastu habis baju, seluar, rambut, kulit segala bau asap. Bau asap tu sungguh tak best u'olls. I'olls tak minat bau asap. Bau duit suka! hahaha

Bulan bulan puasa ni tak elok kita tengok makanan awal awal sangat. Tapiiiiiiiiiii



AYAM HITAM LAGI LEGAM


 
 
 
AYAM PUTIH LAGI GEBU




PEMBAKARAN TERBUKA!
HAMBIK KAU!!!! (niat ati nak liurkan orang.Sendiri terliur!) *palmface! hahahahaa
Tolong ignore paper tu ye. Tolong. Nak buat ayam tu senang je kawan kawan sekalian.
Cara - cara:
1. Beli ayam kat pasar. *As ktorg dpt free je sbb junior serumah abang dia jual ayam. huahuahuahua thanks ina!
2. Bersih kan dengan sehabis baik. Penuh kasih sayang pun boleh. 
3. Basuh dengan tepung plus limau nipis untuk hilangkan hanyir ayam. *pakai cuka pun boleh
4. Toskan jangan bagi ada air banyak sangat.
5. Perapkan!!!! *teruja! hahaha
Bahan bahan untuk perap mengikut urutan:
1. Bawang besar
2. Bawang putih
3. Halia
4. Serai
5. Serbuk kunyit
6. Serbuk kari daging
7. Serbuk lada
8. Sos tiram
9. MADU!!!!!!!
10. Garam dan gula secukup rasa
Panjangkan? hahahaha saja bagi panjang. Penuh sikit page. hahahahaha
Bahan bahan tu semua gaul sekali dengan ayam tadi tu. Amaran keras! Jangan letak air untuk konon konon nak ada kuah. Jangan jangan. Jangan memandai! Nanti rupa dia jadi mcm ayam putih kat atas tu :)
Kitorang bakar ayam tu pakai multi purpose punya dapur. Benda alah tu sebenarnya cik nor a.k.a ibu wa punya. Hahaha wa pinjam buat masak kat hostel. Tapi sekarang ni tamak. Pinjam lagi dapur gas yang kecik tu buat masak. Masaknya bukan selalu. Buat penuh dapur je. hahahaha
Jadi..selamat mencuba. 
Peace YAW! Assalamualaikum :)
 
 

 
 
 


 

Thursday 12 July 2012

Jeles itu APA?

Assalamualaikum..

Lately..kawan kawan saya ramai yang berbunga. Berbnga tu apa? Bukan bunga taik ayam yang ko jumpa tepi jalan tu okies kanak kanak sekalian. Berbnga tu istilah remaja remaja untuk perkataan BERSUKA HATI AKIBAT CINTA. Motip caps lock?? hahahaha

Terus terang cakap, saya tak jeles bila dorang berbunga. I'm proud. Tumpang bahagia. Tapi saya rasa sedih, sebak sampai tahap nak nangis kekadang. Sebab at least dorang berbunga. haku?? Sedih! hahahaha

Lagi lagi bila aku dengar kawan aku cerita pasal orang yang dia suka. Dan aku nampak effort dia untuk tackle hati gadis bertuah tersebut. Sweet giles nasib semut tak hurung je. hahaha

Aku pernah la sebak nak nangis bila dia cerita tu. Tapi aku kawal abis weiiiii. Malu ah kalau dia tau aku sedih.hahahaha Aku harap sgt si gadis yang manis tu nampak effort kawan aku.

:)

Friday 6 July 2012

HAri berterima kasih

Assalamualaikum..

Dear Encik Razali a.k.a ayah, thank you so much for:

1. Bayar bil phone & broadband tiap tiap bulan
2. Bagi duit elaun tiap tiap bulan
3. Bagi kesenangan supaya pi tak rasa susah sangat even jauh dengan ayah
4. I do love all those things yang ayah buat untuk pi selama ni
5. Terima kasih sebab telah garang dengan pi masa pi kecik. pi tau da kenapa ayah buat semua tu dulu.
6. Terima kasih sebab ayah still sayang pi even pi banyak buat salah dengan ayah.

And, i'm sorry because:

1. Degil
2. Memberontak
3. Main main time belajar
4. Pi tau pi banyak kali buat ayah marah, terasa hati

I'm sorry my dear ayah. Pi janji pi takkan buat lagi salah yang dulu. Pi janji pi abiskan study pi. Pi minta maaf sebab pi banyak main. Pi lalai. I'm so sorry. I just want u to know that i love u so much. I'm sorry coz i nver listen to you. I thought it is me yang betul. But i'm wrong. Ayah yang betul. Sorry ayah. Pi janji pi abiskan study pi this year jugak. This is not my promise. This is my word.

Tuesday 3 July 2012

Nombor tak kenal

Assalamualaikum

Halu there!

Pernah tak korang dapat meseg dari nombor yang korang tak kenal? Kalau pernah apa korang buat? Kalau aku..aku bantai marah marah dulu. Sebab aku garang. Aku layan kawan aku je. Tak kawan tak layan. Lagi 1 aku loyar buruk. Lain orang tanya, lain aku jawab. Boleh kira berapa orang je yang tahan meseg dengan aku. Kalau tahan pun, aku rasa mesti orang tu jenis yang kentak jugak.hahaha

Motip aku post cmni? Sebab de no mane2 ntah msg aku..cakap nak kenal. Memang tak la. Aku bantai cakap wa janda anak 3. Senang. Abis cter. Jimat kredit aku. hahahaha

Hari gatal

Assalamualaikum

Halu there!

Baru baru ni adalah seseorang tanya aku, ciri ciri lelaki idaman aku. Masa aku jawab kat dia tu, aku mamai. Aku jawab ikut sedap mulut je. Ikut sedap otak. Tapi bila pikir pikir balik. Aku da ada jawapan yang sepatutnya aku bagi untuk soalan dia tu.






1. Berilmu
Dulu masa aku muda remaja sweet 17 bagai, aku tak pikir pun soal ni. Aku pikir yang orang takde SPM pun boleh hidup. Contoh Rosyam Nor. Tapi sekarang baru aku sedar. Memang la tuah ayam kita nampak kat kaki. Tuah manusia takde orang tau. Sebab kalau tuah kita pun nampak kat kaki, tak ke haru bila jumpa first date da sibuk nak check kaki bagai. Takde tuah je dump awal awal. Gila namanya tu.

I don't expect my future husband tu seorang yang ada master bagai. Cukup la ilmu yang boleh dia guna untuk diri dia sendiri,aku dan anak anak aku comel comel ikut muka aku. *pengsan! hahahaha

Sejujurnya, aku tak selesa sangat dengan lelaki yang menunjukkan ketidak berilmuan dia tu. Contoh:

BF: baby..i tak tau la nak guna bb ni camne. U ajar i boleh?
GF: Aikk! U yang pakai bb.ape i pulak kena ajar? Mane la i nak tau.i pkai public je kot
BF: Ala bby..ajar la i.mane la I tau semua ni *sambil gedik gedik minta kaki

GF: ok ok.i ajar nanti. i pun bukan tau sangat. *da tau tak pandai pakai,yg g gatal2 beli binatang tu buat ape? tak pndai blajar la.tekan la ape pun.aku dulu pun bodoh2 je blajar pkai 3310 (dalam hati)


See..nampak tak effect dia. Kalau belum jadi suami takpe la aku melawan dalam hati cmtu. Kalau da kawin camne?? Tak ke aku tergolong dalam isteri yang durhaka free free je. Tak pasal tak cium bau syurga nanti

2. Tau hukum hakam
Well..aku lemah sikit bab agama ni. So aku perlukan seseorang untuk guide aku. Bukan aku yang guide orang. Sebab aku ni lalang sikit. Kau goda aku sikit je cakap "Jom la ponteng kelas. G karok jom. Sekali je pun ko ponteng" Aku dengan tak pikir panjang ikut je apa kau plan. Padahal aku tau je kalau ponteng confirm confirm la salah. Pastu confirm confirm la aku tak cakap dengan mak aku. Pastu confirm confirm la aku tipu mak aku cakap aku g kelas td. Walhal, aku merewang g karok kat tmpt karok tu berjam jam.
Tapi ni contoh je wei! Takde gila aku nak ponteng kelas g merewang karok. Baik aku top up tido ke pe ke. Lagi heaven! hahaha

Lagi satu..saya kurang minat terhadap lelaki yang sebegini:

GF: Yang..jom la cari surau ke ape ke. Nak solat tak?
BF: Tak yah nak alim sangat la. Tadi pegang pegang tak ingat dosa plak kan

Derrrrrr..lu da pegang pegang lu punya pasal la. Tapi kalau GF lu ajak solat, salah ke? Siap cakap camtu lagi. aishhh! Lelaki sepatutnya memimpin. Bukan menghancurkan.

3. Tau limit dalam hidup
Bab ni best. Wa manyak suka, cinta, sayang sama ini olang punya spesis. Sebab wa jenis terbalik. Aku tak tau limit cukup. Contoh, fahrin ahmad cakap dia suka aku. Aku harap dia ajak aku kawin. tamak kan? hahaha I need someone yang boleh bagitau saya mana nak start benda. Dan sampai mana saya kena stop. Once i start to do something, saya sangat pening mana nak stop. Kena banyak kali pikir baru decide untuk diri sendiri.

4. Abang abang
Saya perlukan orang untuk marah saya. Kalau tak saya akan melayang dalam hidup. Ayat best kan?? hahaha tak la.aku suka orang yang mcam abang abang sikit. Yang ada sifat tanggungjawab, kasar sikit. skit je la.lebih lebih memang aku tak layan la wei. sape nak bf kaki pukul. minah kental mane pun tak nak bf kaki pukup bai.

5. Seorang yang macam BAPAK saya :)
Yang ni tak boleh explain panjang panjang. Salah explain nanti tak dapat elaun. hahahaha

:)

Thursday 21 June 2012

morning!

Selamat pagi
Selamat sore
Selamat petang



motif?????


ASSALAMUALAIKUM :) mulakan hari anda dengan hati yang tenang dan wajah yang ceria

Perhatian!

Betul la cakap orang. Kalau tengah marah, semua benda boleh cakap. Awak da cakap apa awak nak. MAri saya tolong clearkan semua benda supaya semua orang tak fitnah awak lagi

Wahai warga unikop...

Saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan si dia. KAmi tak kenal antara satu sama lain. Jangan fitnah dia lagi. Saya tak tau apa awak awak da reka cerita. Tapi dia tak macam tu. Sebab saya kenal sayang saya *lagu fi Jamal ttbe! hahaha tak tak. Saya kenal dia. Dia tak macam mana awak awak dengar. Dia kena fitnah sebab saya. Saya punca. Hentikan semua ni. Saya penat gaduh malam malam buta dengan dia sebab benda ni.

Sebab fitnah tu dia salahkan saya. Sebab fitnah tu juga saya dengan dia tak kenal antara satu sama lain sekarang ni. Hentikan semua ni. Awak awak tak tahu effect fitnah ni.

Sekian. Terima kasih.

Kepada si dia. Gudluck. Saya da try bersihkan nama awak. Awak jangan dendam dengan saya. Saya tak tunggu awak da. Serius!

Wednesday 20 June 2012

BYe

Awak bukan seorang yang saya kenal. Saya hanya pernah kenal awak. Terima kasih. Kisah kita?? Well. The end right. bye

Tuesday 19 June 2012

Orang cakap kalau kita mimpi seseorang,
maksudnya orang tu ingat dekat kita.

Aku cakap:

Tak de maknenye. Aku da try buat kajian. Aku mimpi orang tu. Aah la.Orang tu. Orang yang menjadi harapan bangsa *tepuk muka! Then aku dengan baik hati call la dia. Sudahnya kena marah. Fair kan? LOL! Aku juga yang kena. aku juga la! Tau aku tak payah baik hati call dia. Jimat air mata aku kalau aku tak call dia. Nampak la dia da buang aku jauh jauh. Nampak la.

bye kawan yang duduk sebelah sebelah.bye. Kalau saya tau saya takkan gatal gatal nak pinjam buku dekat awak.

Friday 15 June 2012

Awak tidak tahu apa itu perasaan kecewa. Sebab awak hanya tahu mengecewakan. Noktah. Awak cakap saya kawan. Ok. Cukup la sampai situ. Tak payah nak buat kepala saya serabut. Saya rasa awak da ada pengganti saya. Ok. Cukup saya tau tu je. Saya tak nak tau siapa. Apatah lagi mengenali siapa pengganti saya. Awak hebat. Cukup hebat. bye

Thursday 22 March 2012

Fahrin Ahmad!

 Kalau 5 tahun akan datang kita masing masing masih rasa perasaan yang sama macam kita rasa beberapa bulan kebelakangan ni. Awak boleh bawa mak awak jumpa dan minang bakal menantu dia yang spesis rare ni. Like serious! I'm reserving my heart for you as my friend told me not to let my heart empty without your love. As your love make me insane. As you yourself make my world turn out like crazy. And i know that i will be happy with you. I realize that only you can understand me more. Remember your questions about that 3 years?

 Why i should wait for that 3 years. As i can have 1000 years ahead happily with you. Kawan saya pernah cakap "Kenapa kau tak boleh nampak bodoh untuk orang yang kau sayang? Kalau dia sayang kau, dia akan terima kebodohan kau". Masa tu saya tak pikir apa da. I missed those late night calls. Believe me. Saya tido lambat setiap malam dengan harapan awak call saya.

 What should i said my dear..awak suka buat benda yang saya tak terpikir awak boleh buat. Mungkin sebab tu saya gila dekat awak. No. Bukan gila. I'm in love with you. No. Saya rasa nak kenalkan awak dengan family saya. ok. Itu baru betul. ok tak. tak kena. Saya rasa..saya rasa nak call awak la sebenarnya. ok tak. I'm going insane actually.

 Ingat lagi bila awak cakap that person does not deserve me? Yeah. yes. I realize it now. Sebab apa yang saya cari sebenarnya ada pada awak. Saya rasa lagi selamat. Lagi secure when you with me. But now, as awak pun da tak dengan saya. Saya rasa sangat tak secure.

 You know how to heals me. You always know! Awak jarang marah saya. Saya selalu marah awak. Tapi awak tahu macam mana nak redakan marah saya. Awak degil. Saya da cakap jangan cakap apa apa yang boleh buat saya susah nak move on dengan life saya. Awak degil. Awak da buat saya selalu ingat dekat awak. Macam mana sekarang? Awak jarang marah saya. Tapi sekali awak marah saya. Boom ke babom!!

 Saya suka simpan sendiri apa yang saya nak cakap dekat awak. Sebab saya rasa kalau saya cakap dekat awak. Benda still tak kan berubah. As awak tersepit antara kemahuan dan keperluan. Am i right?

 Saya cuma nak awak tahu yang..kalau dalam masa 5 tahun awak jumpa someone yang lebih baik dari saya. Just move on. Jangan pandang belakang da ok. Jalan terus je dengan masa depan awak. Jangan hirau da masa belakang awak. I will be fine

 Kenapa 5 tahun? Sebab masa tu..saya da ready untuk terima kenyataan yang saya tak boleh terima sekarang. Saya da matang..tak. tak. bukan da matang. Tapi masa tu saya da ready untuk move on. Lama kan saya ambil masa untuk move on dari awak? More than 3 years. Sebab apa? Sebab saya sayang awak sampai bila bila

Wednesday 21 March 2012

Gila

Aku gila kan?
Kau yang buat aku gila
Jangan pura pura tak kenal aku
Jangan pura pura yang kau tak pernah jadi kawan aku

Kau cakap dengan aku
Macam mana aku tak gila dengan kau
owh lupa! kita kan tak boleh macam dulu
Maaf

Aku tak kuat macam kau
Aku tak boleh hidup dengan realiti
Yang kau dengan aku sama sama cipta
Aku tak boleh

Kau kuat
Kau gagah
Kau mampu tengok aku dari jauh
Kau boleh teruskan hidup kau

Aku lemah
Aku longlai
Aku tak mampu nak tengok kau dari dekat pun
Sebab kau tak bagi aku buat macam tu

Tuesday 20 March 2012

5 tahun kehadapan!

Assalamualaikum :)


Perancangan masa depan: 5 years ahead

1. Habiskan belajar.
2. Start buat business dengan serius.
3. Perform haji.
4. Mini Cooper 1!
5. Kawin! *this one is sooooooooooooo GATAL!




k bai!

Tuesday 6 March 2012

Awak!

Assalamualaikum

Dear awak yang...

1. membuat saya selalu tersenyum bila teringat awak
2. membuat saya tersenyum bila saya sebut nama awak
3. membuat saya lagi semangat nak balik kolej!
4. membuat saya selalu berangan nak jumpa fahrin ahmad!
5. membuat tido saya tak lena sebab tunggu awak call
6. membuat saya makin ligat mencuri gambar awak di FB



saya suka awak!


k bai!

Friday 2 March 2012

Peluang?

Assalamualaikum..

  What is peluang? peluang tu peluang la gila! ok. Sumpah rasa nak backhand orang la kalu ini macam. Tak semua orang berhak dapat peluang kedua sebenarnya. Lagi lagi kalau sebenarnya peluang kedua tu sebenarnya peluang ke 169 dorang. Tapi. Tengok orang jugak rasanya. If yang buat salah tu adik kau yang memang darah kau, darah dia, tak kan korang nak biar je dia hidup tanpa korang terkapai kapai tercunggap cunggap mintak perlindungan dekat orang luar. Kan?

  Orang yang diberi peluang tu pun sebenarnya sepatutnya menghargai peluang kedua yang diberi tu. Jangan bodoh sombong please! Dunia tak berputar utk awak semata. Dunia tak berpaksi kan apa yang awak rasa dan fikir betul. Fikirkan hal orang lain juga tolong. Sampai bila nak hidup bersandarkan kemaafan orang lain? *kaitan?

 Selalunya bila orang cakap ini peluang last. Aku selalu pikir yang aku jahat sangat. Sampai orang kena bagi aku peluang last. Selama aku hidup ni, orang yang selalu cakap macam ni adalah ibu dgn ayah aku. haha which i would say..memang aku layak pun kena cakap macam tu. Tapi tu untuk kesalahan yang besar la. Tapi selalu je aku keep repeat salah yang sama.

 Tak pernah ada orang cakap dekat aku peluang terakhir sampai la malam tadi. I would say..thank you sebab bagi aku peluang terakhir untuk cakap dengan kau dengan macam tu. Terima kasih untuk kenangan tu. Terima kasih untuk bagi aku dengar apa yang aku da lama sangat nak dengar. Terima kasih sebab at least kau bagi aku peluang untuk cakap apa yang aku nak cakap dekat kau. Terima kasih sebab kau bagi aku kebahagiaan untuk sekejap. Cukup terharu! Cukup kenangan untuk aku simpan dalam jangka masa tertentu.

 if. IF! apa yang kau cakap semalam tu untuk cover atau menyedapkan hati aku je pun. Aku sikit pun tak kisah. At least..kau bagi peluang terakhir untuk rasa apa yang aku rasa semalam. Cukup untuk aku survive dalam kenangan. backhand diri sendiri boleh sebab geli :P

 Aku try. Aku try dengar cakap kau k babeh! babeh?? hahaha kambing ade le ko! aku try dengar cakap kau. Kau cakap aku boleh buat. doakan aku kawan! doakan aku. sebab aku tak cukup kuat untuk buat apa yang kau suruh. aku tak cukup kuat untuk buat benda yang sama kau buat.

 Terima kasih sebab bagi aku peluang terakhir semalam. Terima kasih untuk bagi aku rasa apa yang da lama aku nak rasa. Terima kasih sebab kau da jadi kawan yang baik semalam. Terima kasih sebab kau cukup tabah bila aku mengamuk mengamuk semalam. Terima kasih sebab kau tenangkan aku semalam. Terima kasih sebab kau da buat aku cukup rasa kau memang kawan yang untuk aku semalam. Aku sayang kau sangat sangat! Tak tipu! Tak sorok! :)

Wednesday 22 February 2012

Mungkin berbeza. Tapi sama!

Assalamualaikum

Warna kulit : sama!
Kenderaan: Sama!
Perangai: sama!


Nama: lain!
Bentuk badan: lain!

Tapi yang paling sama adalah:


ALASAN!

Monday 20 February 2012

Keputusan muktamad

Assalamualaikum

 Saya rasa da sampai masa untuk saya jelaskan semua benda dekat awak. Saya sayang awak. Tapi mungkin kita ditakdirkan untuk jadi kawan. Kawan semata mata tak bermaksud kita kena ada jarak. Betul? Kawan semata mata tak bermaksud kita tak boleh share rahsia macam dulu. Saya da boleh terima ketiadaan awak. Jadi. Saya sangat berharap awak boleh meneruskan kehidupan dengan aman. Gua gua. lu lu. Boleh gitu? Tak tak. Gurau. Kawan sampai mati kan? Awak yang cakap macam tu kan. So. Kita kawan sampai mati okies.

 Semalam mungkin kita sama sama penat. Sama sama hilang akal. Saya tak sengaja naik suara dan bertindak biadap dengan meletak telephone. Tak sengaja. Betul. Tak de niat langsung. Mungkin faktor penat test menyumbang.

 Saya faham apa awak cakap semalam kawan. Semua ni salah saya sebenarnya. Saya mengaku. ok? Kita kawan sampai bila bila. Awak go on dengan hidup awak ok. Saya doakan awak jumpa orang yang betul betul boleh sayang awak sepenuh hati dan faham awak. Gua tak boleh. Macam awak cakap. Orang tak suka kita jadi kawan

 Jadi kawan pun problem kan? Kalau tak boleh kawan lain kali suruh dorang buat persatuan anti kawan. Senang. memang tak boleh tengok orang bahagia dengan kawan betol. Jeles le tu.uh!

 Saya sayang awak. Tapi. Kita da ditakdirkan untuk jadi kawan. Jangan sedih k kawan. Saya tetap ada untuk awak 24/7. Owh hah! Berukkkk! aku dapat jersey tadi. hewhewhew suke abis! rasa nak lompat2. balik terus try uh. tak tunggu lagi. mesti ko cakap aku giler eksaited kan. lantak la wei! janji aku dapat hadiah. kau ada? haha sila jeles. fahrin ahmad wannabe bagi aku td! kalau kau baca post ni mesti kau marah aku sebab aku tak msg kau. tak mo msg kau lagi. nanti kena marah lagi macam semalam. sentap kau tahu!


k bye

Thursday 9 February 2012

Karma?? yes. Benda tu memang wujud

Assalamualaikum

  Karma tu pe? Karma tu lebih kurang camni la. Balasan yang kau akan dapat setepek kalau kau buat benda jahat kat orang. Contoh macam arini kau langgar orang then kau buat bodoh. Then dalam masa 5 atau 6 tahun kehadapan kau akan kena langgar. siap koma segala. Sebab kawan aku cakap selalu karma ni lebih teruk dari apa yang kita buat. So aku andaikan cmtu je la. Boleh faham?

 Kalau tak faham jugak..sila google sendiri.haha boleh camtu? Busy la.sorry. Lain kali gua tolong googlekan sekali okies kanak kanak.

 Semalam one of my friends cakap pasal karma. Yup! Karma. haha kelakar kau tau. Aku da rasa karma tu macam mana. Hebat! Betul la. Sikit kita buat orang..orang buat kita double! Triple! beribu ribu lemon lagi hebat kau tahu!

 Salah aku jugak bila pikir balik. Tapi masa aku buat tu. Mana aku nak tau karma ke balasan ke ape ke. Yang aku tau aku ok. Tapi aku tak pikir pihak lagi satu. Langsung tak. Aku ignore hamba Allah yang tu terus. Totally ignore. Bila dia msg aku x reply. Bila dia call aku tak angkat. Siap reject lagi. Padahal sebelum tu elok je aku buat perangai aku. Well masa tu aku muda lagi. Baru sweet 17 kot. Darah muda tengah membuak buak.

 Aku ingat lagi apa aku buat semua. Time tu aku kat PLKN. Ye la kan. Nama pun PLKN. Awak pandang saya, saya pandang awak. Awak hensem saya cantik. Sama sama jatuh cinta. Kononnye! Tapi sebenarnya..saya pandang kawan awak. Awak pandang saya. Awak boleh la hensem saya langsung tak cantik. Itu realitinye. Then bila benda da melibatkan kawan kawan masuk campur. Fham faham je la kan. cerita jadi hebat. Lain aku cakap. Lain disampai. Normal la tu. Normal. Then macam mana aku dengan dia tetiba jadi pasangan yang pergi jogging sesama. Pasangan yang pergi kelas sesama. Siap dapat choki2 3 paket selang 2 3 ari. Tapi masa tu aku baru keluar sekolah. Jadi agama aku kuat lagi. Tiap tiap hari aku bahan dia. Sampai dia cakap aku budak sekolah agama. Pandai aku berlakon dulu. Cukup pandai.

 Lepas tu aku start boring sebab kitorang jadi "pasangan" atas dasar mulut kawan aku. Bukan dari mulut aku. Memang la dari mulut aku keluar la ayat ayat menyentuh perasaan. Tapi. Masa tu aku muda. Budak lagi. Time tu aku pikir. Ok la kot. dari takde. Sebab budak dorm aku rata rata semua de Bf PLKN. So..macam tak salah. Macam la kan. Padahal..benda tu memang salah. Sebab tak kan de cinta PLKN yang tahan. Tak akan ada. Awal awal masuk kem lagi cikgu aku da brain wash seekor sekor budak kem pdang hijau.

 "AWAK MEMANG AKAN JUMPA PASANGAN HIDUP AWAK DALAM KEM NI. TAPI INGAT! HUBUNGAN AWAK MESTI TAK KAN KEKAL. JADI. HENTIKAN LA NIAT AWAK NAK CARIK PASANGAN" see! Gempak kan cikgu cikgu kem aku. siap bagi warning awal awal lagi. Nasib tak dapat warning letter je. Nasib la. Tapi kalau da dasar budak budak. Kau cakap la kalau couple kat kem kena cirit birit pun takde nye dorang kisah. Lagi dorang nak try.

 So..dipendekkan cerita. Aku ignore mamat tu. As aku da tak nak de hubungan dengan dia. Sebab da nak balik rumah. And aku rasa jarak akan memisahkan kitorg. Aku rasa dia bukan untuk aku sebab dia tak matang. *bajet diri sendiri matang!

 Tapi benda tak semudah tu sebenarnya. Bila aku cakap aku tak nak dia. Kawan kwan aku dan dia terus tanya aku macam macam. As kitorg satu company. Biase la. Kalau da nama pun 1 company..mesti la semangat setia kawan tinggi. Ye dak? Then aku cakap macam macam alasan. Sampai la satu tahap aku da stop jawab sume soklan yang orang bagi kat aku. macam tu sekali perangai tahi aku dulu. Nampak tak aku jahat sebenarnya. Aku berubah sikit sikit jadi baik lepas benda ni jadi. Lepas aku muhasabah diri aku. Lepas aku sedar apa yang aku buat kat orang selama ni.

 Sebab tu kalau orang cakap aku baik..aku selalu mentidakkan benda tu. Sebab aku tau apa yang aku buat dulu memang tak boleh dimaafkan. Sebab aku da main mainkan perasaan orang. Aku da tabur janji. Yeah. I learned from my mistake.

 Orang tanya besar ke pe yang kau janji? Besar bai! sebab melibatkan perasaan orang. Dia siap cakap kat mak dia plak nanti masuk minang aku. Time tu memang aku da cuak abis. Rasa macam nak balik rumah time tu gak. Tapi kawan aku cakap steady wei. steady. sabar. sabar. Then aku pikir. sampai bila aku nak ikut cakap orang? sampai dia betul betul datang rumah aku cakap nak msuk minang aku? No way! time tu jgak aku da nekad yang aku kena cakap kat dia yang aku tak ready lagi.

 Pastu bila dia tak boleh terima pe aku cakap..aku terus ignore dia. sebab aku pikir tu benda yang paling bagus. Padahal benda tu benda paling bodoh yang aku pernah buat. Benda paling kejam aku buat sepanjang aku hidup. tapi masa tu aku tak pikir camtu. aku pikir aku je.aku pikir kalau aku da lepas. lega. tu je. keji kan aku?

 Then bila da besar panjang siap gemuk lagi. aku mula pikir balik. memang silap besar aku buat orang cmtu. Sebab nanti aku kena balik. Pastu aku buat kawan la dengan mamat plkn tu. alhamdulilah la dia boleh accept aku as a friend. Dia pun da go on dengan life dia. Siap da tukar gf banyak kali. Aku jugak terkapai kapai seseorang. Kawan yg dlu menghasut aku pun elok je dengan bf silih berganti dia. aku jugak terkapai kapai seekor kat belakang.

 Pastu sekarang ni aku da dapat balasan karma aku. Sakit la giler rasa dia! Serius sakit. Tak tipu. Tipu dapat apa. Dosa bertambah ada la.

 Napa aku letak cerita aku kat sini? Sebab aku nak orang lain jangan buat perangai tahi aku. Jangan buat orang. Jangan mainkan perasaan orang. Please jangan. Kalau de niat pun. Hilangkan la niat tu cepat cepat. Tak baik buat orang. Nanti kita kena balik. Da la tak baik tahu buat orang. Tak baik bagi orang harapan. Sangat tak baik. Yes. For me. I'm changed. Saya bukan lagi pika razali yang dulu. Saya da jadi nur syafiqah razali. Someone yang lebih menghargai seseorang sekarang ni.

 Tak terlambat untuk berubah.

Tak terlambat untuk menyedar kesalahan diri sendiri

Tak pernah terlambat untuk bertaubat

p/s: I will try my best untuk menjaga cinta yang sedia ada.

this is not my promise. this is my word

Wednesday 8 February 2012

Ini bukan sajak

You make me this
Bring me down
Bring me up
Playing sweet
You make me move like a freak
Mr saxobeat

He make me this
Bring me down
Bring me up
Playing sweet
Makes me move like a freak
Mr saxobeat

Hey sexy boy
Set me free
Don't be so shy
Play with me
My dirty boy
Can't you see
That you belong next to me

You are the one i need

Tuesday 7 February 2012

Pergi jauh please

Assalamualaikum


Yeah2! aku skipped kelas arini..ape kau cool pikir abis skipped kelas?? pfttttt..kalau la toilet bilik aku ni boleh angkat2 memang da lama aku g kelas. Sorry sistem penghadaman. Tapi saya sangat tak berpuas ati dengan prestasi yang anda tunjukkan dua mingggu ni. Dan Insyaallah untuk beberapa minggu kedepan. Berbulan mungkin.

Pergi jauh jauh boleh wahai sakit perut yang menyeksakan? Kan bagus kalau de orang jaga time sakit cmni. Ehm..rindu ibu! nak ibu! nak orang jaga time malam tak boleh tido. Nak orang teman bila sakit. Nak orang de kat sebelah sambil belai belai. Nak sume la senang citer. Nak ibu! upah nurse jaga along kat hostel boleh tak ibu? Kalau boleh sayang lebih! hehe

Thursday 2 February 2012

Sebak boleh?

Assalamualaikum..

Hye kawan! Sebak boleh? Sampai ati ko kawan. Aku try nak baik. Try and error. Tapi ko jadi pelik. Pastu tak nak ngaku plak tu yg ko jd pelik. Sampai ati ko kwn. Sampai ati.. Aku try macam macam nak jadi geng balik. Tapi ko x nak. Aku tak tahu ape ko nak. TAK TAHU! bagitau la aku. Ko tau kan aku memang malu nak tanya orang lebih lebih. Kang de yang makan hati plak nanti. Pelik ow bile ko dgn aku camni.. Sumpah pelik. Mane ko yang aku kenal dlu? Ko da kne telan dengan perkeso ke pe? Mane beruk yang aku kenal dulu. Yang suka bantai gelakkan aku. Yang suka buat aku makan hati. Yang suka wat aku blushing dengan soklan bodoh. Yang ada bila aku sedih. Yang ada bila aku de masalah cinta. Yang ada bila aku nak ngumpat. Yang call aku pkul 1 pg semata mata nak sembang? Serius rindu dgn ko! Bila aku cakap aku rindu..ko bantai gelak kat aku plak skrg. Skrg ni pkul 9 lebih pun ko cakap da nak tido.

Salah aku ke? Kalau aku tau..sumpah wei! sumpah aku tak cakap ape yang aku cakap kt ko dulu. Weird ow sekarang ni! Aku da x de geng beruk. da x de beruk yg boleh aku banggakan.

Wednesday 1 February 2012

Hidup ni

Assalamualaikum..





Hidup ni kadang kadang mencabar. Kadang kadang bosan. Kadang rasa nak mati cepat. Kadang kadang rasa tak dihargai. Kadang kadang rasa disayangi. Kadang kadang rasa happy nak mati



Tapi!!


Berapa kali rasa bersyukur sebab still bernafas untuk sekian kali? Berapa kali rasa bersyukur sebab masalah yang kita ada tu kurang beban dari orang lain yang masalah lagi teruk?

Renung renungkan dan selamat beramal.

bai! :)

Friday 27 January 2012

Kawan

Assalamualaikum

Ada orang cakap saya kejam sebab deactivated fb sebab orang tu. Sebab memang niat saya tak nak bagi dia stalk saya. Saya still diam. Saya diam sebab orang tu tak tahu sebab musabab yang sebenar. Saya tak marah orang tu. Tak. Tak. Marah dapat apa. Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Kalau boleh tutup..da lama kot mulut si kiah kepoh disetiap kampung ditutup menggunakan pengepit kertas..cool kan?

Kenyataan nya adalah..saya sedang menolong kawan saya mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Nampak tak saya sayang kawan saya? Kalau saya jumpa kawan saya yang tu..saya nak sangat cakap dekat dia terima kasih sebab ada dengan saya bila saya susah, bila saya nak ngumpat, bila saya tak boleh tido, bila saya sedih. Awak memang kawan saya yang terbaik.Bila awak rasa awak nak ajak saya ngumpat..sy ON je! hehe x best bile kite da jadi camni. Awkward boleh??

bai

Thursday 26 January 2012

Antara cinta dan keinginan untuk memiliki

Assalamualaikum

Hari ini saya TAK BOLEH SENYUM! kenapa ek? Allah da tarik satu nikmat dunia saya. Saya da tak boleh senyum. Asal senyum je rasa sedih. Nak senyum je rasa nak makan kaki. erkkk! nampak sangat takde kaitan

Pernah tengok cerita cinta tak? Tak pernah? Rugi! Sebab bila kita tengok cerita cinta..on the spot kita belajar cara nak bercinta sebenarnya. Yeah. Saya belajar bercinta dari cerita korea. Awak ada?? hahaha

Sebelum ni..saya selalu cakap dekat orang lain yang frust bercinta camni "Kalau kau sayang orang tu, kau kena pertahankan cinta kau". Nampak tak gua hebat bab nasihat orang?

Tapi sebenarnya..cinta tak boleh 100% macam tu. Memang kau boleh pertahankan cinta kau. Tapi sanggup ke kau bina cinta kau atas penderitaan orang lain? Contoh..bf korang mintak clash. Then korang punya la sayang nak mati kat bf korang ni. Korang cakap tak nak break. Ibarat iklan rokok. SAY NO TO BREAK! Then korang continue be a couple. Yes. Korang happy. Bf korang? agak agak dia happy berapa percent? Agak agak dia makan hati tak dengan korang? For sure lowh. No doubt! And the worst part is..Jasad dia dengan korang but not his soul. Nampak tak dia tak bahagia? Korang sanggup ke biar orang yang korang sayang macam tu? Kalau aku..tak.aku tak sanggup nak biar orang yang aku sayang hidup dalam keadaan macam tu. Let him go please. please..

Orang tanya aku..macam mana aku sure sangat orang tu memang da takde hati kat aku. First i'll say..trust ur kata hati. Hati tak kan menipu bila korang rasa sedih. Second, check fb dia. Overall punya check. Luar dalam kau stalk. Memang pedih. Sangat sakit bila kau dapat kebenarannya. But! Baik sakit sekarang dari sakit akan datang. Betul tak?

Then..kau tengok dari cara dia layan kau. Dari situ kau boleh judge orang tu macam mana. Tengok dia cari kau ke tak bila kau endahkan dia dalam masa 2 3 hari. Kalau cari..alhamdulilah la. Kalau tak..be strong! tak mo nangis nangis macam orang mati laki. nangis ala gadis je okiesss

Then pandai pandai la kau manage hidup kau. Nak melalak sehari ke setahun ke ape ke. Just let it be. Lama lama ok la tu. Patah tumbh hilang berganti kan. Tapi bagi spesis yang setia nak mati macam aku..*ehem2! Sila kawal emosi anda dengan selalu berada dengan kawan kawan yang otak senget. And jangan putus doa supaya anda anda kuat menghadapi semua ni. Allah takkan bagi kita ujian kalau kita tak mampu nak hadapi ujian tu. Smile girls! :)

Tapi..my advice, let him go. Tak guna kau simpan dia lama lama sampai da tahap peram kalau hati dia tak pada kau. Sebab..cinta memang macam tu. Kalau kita sayang seseorang..lepaskan dia untuk dia cari kebahagiaan dia sendiri. yes! you will be hurt. But..bila orang yang kau sayang jumpa kebahagiaan dia. Kau tak kan rasa sakit sangat. As kau da nampak dia bahagia. Tu bezanya cinta dan keinginan untuk memiliki.

Keinginan untuk memiliki tu ape?? Senang camni la. Kau suka fahrin ahmad. Then fahrin ahmad tak suka kau. Macam macam kau buat untuk buat si fahrin ni suka kau. Sampai la tahap kau sanggup call JAIS semata mata tangkap wet korang berdua. Then sampai la korang kawin sebab nak cover malu. But still korang kawin bukan sebab si fahrin tu sayang kau. By the time korang sah je jadi suami isteri. Sumpah kau rasa puas hati gila sebab kau dapat dia. But! tu bukan cinta. itu namanya keinginan untuk memiliki. Sebab..lepas je kau kawin..kau da tak kan syok kat fahrin macam mana kau syok kat dia before korang kawin.

Nampak beza dia?

Esok sambung lagi boleh? Nak sambung baca novel dulu.

bai! :)

Wednesday 25 January 2012

Berpijak dibumi yang nyata please :)

Assalamualaikum

Mari kita mengenang kisah sedih bersama sama. Mari. owh yeah! saya da deactivated fb saya. COOL! ok tak sebenarnya. rindu gilessss kat fb. Kite terpaksa melupakan fb seketika sebab kite dalam proses nak lupakan awak. Ye awak. Gua tak tahan hati tengok status lu la der. Sorry. Sebak semacam je. Sorry fb. Sorry. Saya tau awak rindu saya. kan? :(

Kawan tetap kawan walaupun kita gaduh teruk pun. Betul tak? Tapi kawan tak boleh jadi kawan bila satu pihak rasa da tak nak kawan. Pelik kan? Hati dan perasaan manusia ni cepat sangat rasa sayang dekat someone yang terlebih caring. Padahal orang tu anggap kita biasa je. Hati juga cepat tertipu dengan kata kata orang. Bila orang tu cakap sayang je, mula la otak fikir lain. Mula la otak fikir yang orang tu ada hati segala. Tapi hati dan otak boleh menipu dan tertipu. Tak. Aku tak salahkan pihak tersebut. Tak sama sekali. Silap aku juga la rasanya. We are too close i think.

To that person:
 Sorry..aku tak faham ape ko cakap semalam. Aku blur sikit bab bab tu. Lain kali cakap direct je dengan aku. Dengan aku pun nak kalis kalis. Tapi biar la buat masa ni, kita sama sama diam dulu. Tapi kita tetap kawan kan? Cuma aku nak ko tau yang aku tak salahkan ko. Salah aku juga sebenarnya. Kita sama sama salah kot. KOT la! hehe tapi aku still nak menang sebenarnya. Soooooo..sume ni salah ko! hahaha tapi..buat masa ni biar la kalau boleh kita jangn terjumpa pun elok kot. Aku tak nak de adegan menangis pulak antara ko dengan aku. Aku tak nak la orang sume tengok aku sebab ko nangis depan aku..hehe jangan wei. jangan. malu..hehe


da la.malas cakap lebih.nanti aku yang nangis depan lappy ni tak pasal

bai

Monday 23 January 2012

Terima Kasih Cinta

Assalamualaikum

Apa korang buat kalau korang dalam situasi macam ni?

 Nama saya Lisa surirumah tangga. Tapi saya tak kawin lagi. Saya study pun terkial kial. Tak layak nak kawin lagi. Fikir kawin takpe la rasanya. Lagipun pujaan hati saya nak habiskan belajar dulu. Sebab dia kata kalau tak belajar macam mana nak sara anak bini. Pujaan hati saya nak kumpul harta dulu baru boleh kawin. Lambat la saya akan mendirikan rumah tangga begitu. Maka saya harus menukar nama saya kepada Lisa solo.

 Saya semalam telah mengeDATE kan diri dengan encik pujaan hati. Nama nya yusry KRO. Tetiba saya sakit perut. Sakit orang perempuan datang la pulak! Terus rasa nak balik time tu jgak! Tapi saya tahan je memandangkan si yusry KRO tengah buat kerja. Tapi lama lama saya rasa sangat tak tahan hati untuk terus menetap ditempat si yusry KRO tu buat kerja. Saya ajak yusry blah and get lost dari tempat tu. Yusry ikt! sayang lebih!!


 Then sepanjang jalan tu..saya rasa sangat tak tahan. Rasa nak pindahkan perut saya kepada Yusry. Sebab dia relax je. Tak sakit pape pun. Hangin je! Tapi..saya tetap tabahkan diri untuk bercakap dengan si yusry. Sebab saya kesian dekat dia. Tak kan la saya nak biar dia cakap sorang sorang kan. Walaupun masa tu saya sangat sangat tak larat nak cakap. Faham kan sakit orang perempuan macam mana..ehmm


 Tapi! Saya kagum dengan Yusry. Sebab dia tahan je dengan kerenah saya. Walaupun banyak kali dia sound cakap da sakit sakit pun buat lawak lagi. Saya sayang Yusry saya. Thanks awak sebab awk layan saya time saya sakit. Saya sedar saya gedik. Tapi ada saya kisah? Awak teman saya time saya sakit. sweet gitu! Lain kali teman lagi boleh? Suka la dapat tengok muka risau awak. lalalalalalala


 Owh ye! Yusry belanja saya semalam! Lagi saya suka! 1000000 suka! hahahaha lap u so much la Yusry tua! and yeah. Happy burfday! :)




bai

Friday 20 January 2012

Rindu

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari malang saya kerana saya sakit. Malang sebab skipped the classes and so on. *mulut muncung! demnit

Malang jugak sebab saya amat kebosanan! noktah! pe ke benda la cuti cuti macam ni aku duduk kat hostel..sungguh tak bermoral

Sebenarnya...saya nak cakap macam ni

1. saya rindu IBU saya!
2. saya rindu AYAH saya!
3. saya rindu ADIK saya!
4. saya rindu BUDAK GEMUK!
5. saya rindu A MEOW (kucing)!
6. saya rindu KATIL saya!
7. saya rindu SCOOTER saya!
8. saya rindu TOK BIB saya!
9. saya rindu KAWAN2 saya!
10. saya rindu BERUK saya!


bai

Thursday 19 January 2012

Takdir

Assalamualaikum

 Hari ini mari kita berbicara mengenai takdir. Ramai diantara kita yang sering memikirkan mengapa takdir kita menjadi begini, menjadi begitu. Kesimpulannya sungguh mudah. Iaitu...TAKDIR! hehe takdir tu mksdnya ketentuan yang memang da ditetapkan. Kau tak payah susah susah nak pergi belaja berenang kalau da memang takdir kau lemas sekejap time mandi kt jakuzi rumah kau. Tak payah nak tunjuk belang kau dengan berenang dengan gaya kuak lentang kau dalam jakuzi tu. 3 suku kau tau. ulang suara..3 SUKU

 Sebenarnya..citer dia macam ni tau. Aku selalu mengadu nasib dekat sorang hamba Allah. Pastu kan..baik punya aku ngadu. Sekali boleh pulak dia cakap mcm ni "Pe nak buat ka..da nasib!" Sumpah rasa nak hantuk kepala aku kat katil. Dia boleh cakap cmtu! Sakitnye la ati aku..pe da takde ayat ke nak cakap. Sungguh membantu tau makhluk tersebut. SANGAT!

 Maka aku pun dengan selamba ala gajah nya balas balik "A'ah kan..ko jangan tanye aku nape kejap lagi ada tangan kuar dari hp ni ketuk kepala kau tau. Sebab tu takdir"

 Saya nak cakap yang saya sayang kawan kawan saya. Walaupun saya selalu gurau kasar dengan dorang. Very the sayang kat dorang

Bai! :)

Gua touching!

Assalamualaikum


Awakkkkkk!


Gua TOUCHING dengan lu la der!!!



Awak ckp nak pujuk saya..tak pun! GEdik!!!! BENCI!!!!


Awak gedik sebab awak buat saya jeles! titik!!!



bai

Tuesday 17 January 2012

Thanks awak awak

Assalamualaikum

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka mereka yang telah menyokong saya dari belakang, kiri, kanan, atas, bawah, depan semasa saya menghadapi kesulitan dalam membuat keputusan. DAN! terima kasih dan ucapan tahniah saya ucapkan kepada si Beruk kerana telah berjaya mendorong saya membuka rahsia saya selama ini. Giler punye beruk! main paksa paksa segala. hehehe tapi awak sweet la beruk. Saya suka awak!

Tahniah juga saya ucapkan kerana awak sungguh berani ketika menjawab soalan saya. Sedar tak awak yang saya rasa jantung saya tercabut time awak mula mula tanya saya soalan? Saya speechless! Tak sangka mak! terperanjat beruk kau! hahaha

Ehm..terima kasih sebab saya da dapat jawapan yang saya nak selama ni dari awak. Dan ye. Awak da berjaya buat saya sebak sampai nangis. puas ati tak? hahaha tak puas lantak ko sana. eh tak tak. ini biadap. sorry beruk!

Awak tak boleh janji yang awak tak kan tinggalkan saya. Saya suka bila awak cakap mcm tu. Sebab awak berpijak dibumi yang nyata. Jeng jeng jengggg! Kau main main pasal yana ea? kau tau tak aku makan hati berulam jantung bape ari dengan citer pasal yana kau tu! siap kau!

Lastly...saya tak tahu sejak bila awak suka saya. Tapi saya rasa da lama. Sebab awak sewel semacam je mengenakan saya. Tapi! sewel sewel tu la buat saya suka awak. hewhewhew sila jangan kembang ye beruk.sila

Betul cakap org..lebih baik kita pergi dekat orang yang sayang kan kita. Bukan kita yang sayang orang tu. Tapi. saya sayang fahrin ahmad wannabe saya


bai! :)

That moment

Assalamualaikum and halu there!

Orang cakap saya tulis blog sbb nak glamour. Kepala hot! ok. agak kasar disitu. Saya tulis blog untuk rujukan saya akan datang. It is about me myself. Kira ada juga bahan bukti nak tunjuk kat cucu cucu kalau dorang dok tanya nenek dorang dulu muda muda buat apa. haha see..bahan bukti tu penting ok.jangan pertikai kan benda ni.

Apa yang saya nak membebel hari ini adalah..

First, Al - Fatihah to arwah pakcik rosli. Ayah to my BFF, pika rosli. Ka..aku tau kau cukup kuat untuk sume ni. Even kau sangat kuat. Kau ada time aku sedih, time aku susah, time aku gembira. Kau da macam darah daging aku. Kita da macam adik beradik. Kau kenal aku luar dalam. So aku tau kau cukup kuat untuk tempuh sume ni. Allah tak kan bagi kita ujian kalau kita tak mampu nak tanggung ujian tu. Aku tau kau anak yang baik. aku yakin kau boleh jaga mak dengan adik kau. Aku tak pandai nak tenteramkan orang. Tapi aku nak kau tau yang aku ada dengan kau. Sentiasa! Apa2 masalah, kau bagitau je aku. Insyaallah. Aku tolong kau. Ni je la time untuk aku balas balik sume jasa kau kat aku dulu. huhu

Semoga roh pakcik Rosli tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Dan semoga kawanku tabah menghadapi ujian yang melanda. Amin.

Wednesday 11 January 2012

Ini luahan hati.. terakhir mungkin

Assalamualaikum

Entri ini berbentuk luahan rasa dan hati. Tiada kena mengena antara yang hidup dan mati. Yang gemuk atau kurus. Yang hitam atau putih. Yang berpunya atau single. Takde kaitan langsung. Harap maklum. And yeah. I'm listening to disaat aku mencitaimu. Rasa nak nangis? Sila

Awak..

Tiga tahun tu masa yang sangat lama bila difikirkan balik. Sebab angka 3 lebih besar dari 1. Mengenali awak merupakan benda yang paling saya hargai. Setiap saat bersama awak ibarat emas yang mahal sangat sangat. I'm speechless when i'm with you. Saya secara jujur tak boleh nak kentut sepah sepah bila saya dengan awak. Sebab saya nak jaga kelakuan saya. Saya tak nak awak nampak saya as a girl yang perangai tak senonoh. Takut kena reject. Yup. I'm scared of that.

3 years..i can't believe it until now. 3 years i wait for you. There is no other guy that can make my heart beat fast just like u did..There is no other guy can make me smile when i wake up every morning. And yeah. There is no other guy that can make me in madly in love just like u did to me.

But yeah. I will understand if u say u want me to give up and move on. I know who am i. and yeah. Don't force urself to madly in love with me. Don't ever u change any single thing about urself. Because u know..i'm in love with who u are. Not who are u..

I'm totally happy with u all this while. When ever it up or down, I know that we will make up together again. Maybe it is due to my kedegilan or yours daya penarik.

It's hard to say things to me lately right. Yeah..u don't have to. I'm understand it already. Keep smile and rise my little cute gemuk. don't worry about me. I will be fine. Just fine enough. and yeah. I will find like you. Adele mood now..








p/s: Lepas ni sapa sapa ada masalah nak tulis surat cinta sila jangan segan segan bayar saya untuk buat surat anda. Surat ni kawan saya punya. Dia bagi upah choki2.kelas kan?

bai! nak g email surat ni dekat tuan dia

ETR

Assalamualaikumh

Saya cuma nak cakap..ETR telah merosakkan segala galanya.

Berikut adalah senarai kerosakkan yang telah dan akan dilakukan oleh subjek ETR yang semua orang tengah atau sedang lakukan :

1. Bf/ gf tak boleh date due to kerja berlambak.
2. Kawan boleh jadi lawan sebab sume orang stress
3. Kerja subjek lain tergendala sebab kerja ETR byk giler nak mampus!
4. ETR menggangu emosi aku.serius! tido da x mimpi ape da.mimpi etr je
5. ETR telah berjaya memgbankruptkan aku.dengan jayanya.
6. Hubungan saya dengan si dia macam da kelaut. buekkk! sebab aku penat otak, penat badan.aku nak ngadu..tp cam x dilayan je.bye!
7. Etr membuat semua org giler sebab duit mara da abis.titik!

da la..banyak ngumpat nanti repeat plak.haha

k bai

Tuesday 10 January 2012

Saya belajar

Assalamualaikum

 Saya belajar bahasa melayu dari cikgu yang sangat pandai mengajar anak muridnya. Jadi saya faham bahasa melayu awak.

 Saya belajar bahasa inggeris dari cikgu yang bijak mengajar anak muridnya. Jadi saya faham bahasa inggeris awak.

 Saya belajar matematik dari cikgu yang pakar mengajar anak muridnya. Jadi saya tahu tentang angka. Seperti 3 lebih besar dari 1.

 Saya belajar ilmu tentang manusia dari cikgu biologi saya. Cikgu saya bijak mengawal tindakan anak muridnya. Tetapi saya gagal memahami seluruh mata pelajarannya bila saya meningkat dewasa.

 Secara jujur. Saya seorang yang mendengar arahan. Bukan memberi arahan. Saya akan tewas jika memberi arahan sebab saya lebih suka menjadi orang yang mendengar arahan.

 Jadi..sila berterus terang tentang apa yang awak rasa. Sebab saya boleh menerima dengan hati yang terbuka. Dan juga sebab saya menilai orang dari semua aspek.

Monday 9 January 2012

Saya nak cakap

Assalamualaikum

Saya mungkin rabun. Saya mungkin pekak. Saya mungkin tak nampak. Saya mungkin kurang bijak. Saya mungin kurang kuat daya ingatan. Saya mungkin terlepas pandang. Saya mungkin tak hebat. Saya mungkin tak cantik. Saya mungkin tiada sense of fashion. Saya mungkin kurang kelakar. Saya mungkin tak pandai bawak kereta manual. Saya mungkin agak berisi. Saya mungkin seorang yang kurang penyabar bila bawak kereta. Saya mungkin kuat loya buruk. Saya mungkin mulut macam longkang. Saya mungkin tak sehebat orang lain

Tapi

Saya tak cukup bodoh untuk rasa apa yang saya rasa sekarang

Friday 6 January 2012

Kenapa orang memilih bila bercinta?

Assalamualaikum


Semalam ada sorang ni dengan baik hatinya menanyakan soalan dekat aku yang sangat cetek ilmu agamanya.

  "Kenapa dalam Islam kita kena memilih pasangan kita?"

Well..aku tak jawab semalam. As aku tak yakin dengan jawapan aku. But arini aku rasa nak jawab. Sebab da ingat balik apa Ustazah aku ajar dulu time Munakahat. Munakahat tu apa? Ehmm..munakahat tu subjek yang paling aku suka dekat sekolah agama dulu. Kalau hari Selasa ada Munakahat. Aku TIDAK akan ponteng sekolah. Sebab aku gatal nak belajar bab kawin. Yup munakahat is about perkahwinan. Dari sesi memilh pasangan sampai la ke cerai berai. Amacam? Ada hati dan perasaan nak pinjam kitab aku tak? haha

Tapi..jawapan yang aku bg ni. Bukan 100% bergantung pada kitab munakahat aku okies. I buat research U'olls.. untung la kalau aku buat assignment pun rajin macam ni. untung laaaa.mesti ANC! hahaha *gelak orang gila

Sebagai mana semua orang tahu la kan. Kaum adam adalah kaum yang sepatutnya melindungi kaum hawa. Sebab itu kaum hawa dijadikan dari tulang rusuk kaum adam. Bukan dari part badan yang lain. Sebab tu la kaum lelaki ni lebih gagah perkasa dari kaum perempuan. Kalau kita tengok balik keadaan semasa zaman sekarang ni. Kaum wanita sedang berusaha untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Apa yang lelaki boleh buat perempuan pun nak buat la senang ceritanya. Tapi...ini tidak sama sekali mengubah fitrah alam yang mengangkat kaum lelaki sebagai ketua dalam keluarga.

Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh yang mempunyai pendidikan  agama yang sempurna serta berpegang teguh dengan ajaran Islam.  Di mana melalui panduan  agama, seorang suami itu berwajiban menggauli isterinya dengan baik dan  memberi nafkah sesuai dengan tuntutan Islam.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: Maksudnya :
“Lelaki itu pemimpin yang bertanggungjawab atas kaum wanita dan kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana telah membelanjakan  harta mereka”.
Dalam ayat di atas jelas bahawa  suami mempunyai kekuasaan terhadap isteri di mana isteri hanya membantu suami dalam urusan rumahtangga.  Lelaki yang benar-benar dapat mengendalikan kewajiban seorang suami mestilah berupaya menjadi ketua keluarga yang bertugas memimpin, mendidik dan memberi kasih sayang terhadap rumahtangga.
Di antara faktor penting dalam mengutamakan agama yang disarankan oleh Islam ialah :-
1.   Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman agama yang kukuh serta praktikal.
2. Melaksanakan syariat Islam  berdasarkan prinsip yang berterusan.
3. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam hidupnya.
4. Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di dalam rumahtangga.
Selain dari itu wajar bagi lelaki seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia,  seorang yang penyayang, suka memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil berat terhadap keluarganya.
Walau bagaimanapun, sebagai kaum lelaki sudah masanya dari sekarang melengkapkan diri dengan mencari dan mempelajari ilmu Islam sebanyak mungkin untuk persediaan di hari muka.  Oleh itu, ingatlah bahawa kaum wanita pada hari ini sudah mengerti memilih calonnya di mana bukan sahaja lelaki yang kacak malahan  bijak pula dalam selok belok agama yang sememangnya layak menjadi suami.

Ok..yg atas ni aku copy paste :P




 

Surat untuk pihak tersebut

Assalamualaikum..

Dengan segala hormatnya saya nak cakap yang...

entry ni berbau luahan perasaan sikit. Wait! pernah ke buat entry tentang luahan tapak kaki? ok tak kelakar

Kehadapan sesiapa yang berkenaan

 Saya sangat berasa tidak berpuas hati atas tindakan yang telah saya dan anda sama sama lakukan semalam. Ingin saya jelaskan disini yang saya tidak berasa marah terhadap anda semalam. Akan tetapi setelah disuruh oleh pihak anda. Saya terus menjadi marah dengan perasaan yang membuak buak. Sila jangan mempersoalkan hal tersebut. Sila ye

 Akan tetapi pihak anda langsung tidak mengambil apa apa tindakan. Tiada sebarang pesanan ringkas atau panggilan telefon. Pihak anda tidak mahu memujuk saya ea?

 Pihak saya tidak mahu berasa marah kerana saya sudah menjangka hal sebegini akan berlaku. Malah jika saya berasa marah pada masa ini. Insyaallah saya akan mudah berasa marah terhadap anda pada masa akan datang.

 Pihak saya amat berharap pihak anda memikirkan semula apa yang terjadi semalam. Sekian terima kasih.

k bye

Wednesday 4 January 2012

Apa yang saya harap untuk tahun ini

Assalamualaikum

Semua orang ada azam sendiri kn? Jangan bohong kalau korang cakap takde azam baru. Even budak sekolah rendah pun ada azam tau. Lagi la orang yang da tua bangka. Opsssss! Sorry. Bukan tua bangka. Matang ye. Matang..macam Fahrin Ahmad tu. hewhewhew

Tapiiiiiii.....aku tak pernah pasang azam tahun baru. Well bukan tak pernah langsung. Tapi da stop pasang azam. Since sekolah menengah memang aku da stop nak pasang azam. Macam tak kemana. Sebab aku knal diri aku.hahaha

Tapi sejak aku da meningkat remaja a.k.a tua. Aku rasa da sampai mse la kot nk pasang azam balik.haha looser!

But..tak rasa nak pasang azam la. More to pasang niat. Dalam Islam, pasang niat pun da dapat pahala. kan?

Tahun ni saya..anak razali nak pasang niat yang berupa:

1. Nak habiskan study dengan jayanya
2. Nak sambung bisnes yg selama ni terkubur..kesian bisnes tu. lalang segala da tinggi da
3. I should learn more about Islam. Yeah. I'm a Muslim. But..it's still not enough. Ngerti?
4. I think it's time for me to think about my future. Masa kegemilangan nak bersuka ria da berakhir.
5. Family lagi penting dari segala galanya. titik!
6. Kembali normal dalam blog. Mksdnya..rajin update. Tolong jangan pikir lain. tolong
7. Be a better person than before
8. Berapa orang yang kecik hati dengan saya? I'm trying to make it zero. Insyaallah. Pray for me guys :)
9. Be nice to everyone. Takde istilah pilih bulu lepas ini. Even aku tak pernah dok pilih bulu korang..eeeuuuuuuhhhhh! bueeekkkkkk! :P
10. Saya mencari seorang imam. sapa sapa nak isi borang? haha no.this is real. Saya mencari perhubungan yang diredhai. dapat tak apa yang cuba disampaikan? *malu! hahaha


Ok. Diatas adalah senarai niat saya untuk bila bila. hehe ok2. no..just kidding. hehe I'm hoping that Insyaallah saya boleh mengatasi segala masalah yang sedang,bakal,akan dihadapi dengan tenang. Yup. Benda yang baik semua datang dari Allah kn? There is no point to be angry at Him when we facing any problems. Sebab semua yang jadi mesti ada hikmah. Just have faith and sentiasa berada di landasan yang betul

*Arisa wina kirim salam dekat sapa sapa yang baca blog ni

k bye! :)