CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 8 January 2013

Rindu?

Awak rindu saya? Awak rindu saya yang dulu?
Mari saya bagitau awak sesuatu.

Saya rindu awak. Awak yang dulu. Yang sekarang. Dan yang akan datang. Saya akan sentiasa rindu awak. Mungkin awak baru rasa perasaan rindu tu dekat saya. Tapi saya da lama rasa rindu dekat awak. Since the first time u said u let me go.

Tipu kalau saya cakap saya tak rindu awak. Awak, awak dan awak la yang pernah buat saya ketawa dulu. Awak yang pernah buat saya rasa sangat sangat sangat dan sangat bertuah sebab kenal dengan orang macam awak.

Tapi jangan risau kawan. Saya tau hati awak bukan untuk saya lagi. Bertuah bah orang tu. Dia sangat bertuah dan awak sangat beruntung. Awak jangan risau. Saya bukan datang untuk rampas kunci pendua hidup awak dari dia. Saya datang dengan niat untuk berkawan. Sebab saya tahu dan cukup tahu yang awak hanya rindu kan saya sebagai kawan. *(tapi kalau lu single gua single. Boleh la kot.hahahahaha)

Saya tak cukup kejam untuk berdendam dengan awak. Saya cuma perlukan seorang pendengar dan peneman berbual. And you still the best geng evar!

Saya tahu awak tak ambil berat. Tapi yeah. Jangan risau. Saya ok. Saya tak nangis malam malam macam yang awak ingat. Awak tu dah dah la nangis untuk dia. Buruk la nangis. Awak tu bukan fahrin ahmad yang nampak ensem menangis.

Monday 15 October 2012

Sedih

Assalamualaikum


Friday 12 October 2012

Lagu awak :)

Assalamualaikum.

 Ada senyum hari ini? Good! Senyum boleh buat kita awet muda. Nak awet muda tak? Awet muda dengan senyuman tak sesusah awet muda dengan minum jamu muda. *jamu tak sedap by the way. Pahit. Me don't like the rasa of jamu. That's way gemuk! hahahaha

 Saya ada masalah besar sekarang ini. Kerana hanya selalu berasa untuk menyanyi. Call mak wa pun wa terasa nak nyanyi. Parah wei! Kena masuk vokal bukan sekadar rupa ni. hahaha

 Owh yeah! Wa ada perangai pelik. I will stick to one song sampai rasa jemu dengan lagu tu. hahaha kalau bulan tu bulan lagu Kisah Hati. Memang 24/7 la saya bantai nyanyi lagu tu. Part chorus ulang banyak kali yang tak tahan tu. But selalunya lagu yang saya nyanyi adalah suara hati saya. *palmface

 For sekarang ni, lagu Hebat by Tangga sangat melekat dihati dan otak dan sanubari. Call semua orang rasa nak nyanyi. Sampai ada lah orang ni complain cakap suara tak sedap tak payah nak suruh orang dengar.

 Well. Saya nyanyi apa yang saya rasa dekat awak. Ngerti loe? Nggak?? Ya ampun! Pantasan gue nggak pas ngomong sama loe lebihan.*please that note yang saya bukan orang indonesia. Saya belajar dari sinetron dan beberapa bibik yang pernah ada untuk meringankan kerja katanya. Padahal menambah sesak didada.

 Owh ye! Beberapa orang telah sedar akan kepandaian saya menyusun bahasa untuk menulis dan bertutur. Siap mengimbau kenangan time sekolah lagi. "Patut la BM selalu dapat A".

 Saya memang macam ni. Saya bijak menulis. Tapi jangan ajak saya bersembang. Sepuluh awak tanya, 20 saya jawab. Pastu kadang kadang cara bercakap tak bermanners pulak tu. Main bantai je nak cakap apa. Ikut suka otak je bercakap.

 Back to the topic. Lagu bulan ni lagu hebat. Tajuk dia hebat. Saja nak feeling hebat sikit nyanyi lagu ni. Mohon tolong ignore step tarian dorang. Exercise tangan mungkin. Please :)



k bye. nak sambung exercise tangan :)

Friday 5 October 2012

Percaya

Assalamualaikum..

Zaman sekarang memang susah nak percaya orang kan? Kalau kita percaya orang, belum tentu orang percaya kita.

Tapi bagi saya, kalau da bertahun kenal tu, tak kan tak percaya lagi kan? Ke memang susah nak terima pakai akal apa yang saya cakap?

nangis

Assalamualaikum

Entri ini memerlukan saya menarik nafas sedalam dalamnya. Emo sikit. hahahahahaha

Kawan saya cakap: Tak berbaloi menangis untuk orang yang tak reti menghargai kita.

Saya cakap: Saya menangis sebab saya gembira dia bahagia dengan orang lain. Saya menangis sebab saya rasa beruntung bagi pihak gadis berkenaan. Saya menangis sebab saya masih pada dia. Dan saya cukup bodoh sebab biarkan semua ni berlaku

Benda da lepas

Assalamualaikum and hello people!

Berapa kali kita selalu memberi peluang dekat orang yang kita sayang? Sekali? Dua kali? For me, selagi kita sayang orang tu, selagi tu la kita akan bagi peluang dekat orang yang kita sayang tu. Betul?

Sampai la orang yang kita sayang tu pergi tinggal kita macam tu je. Macam tu je ke? No. Benda da terang lagi bersuluh. Saya je tak nampak. What a poor girl kan? hewhewhewhew

Tapi tidak mengapa. Saya da maafkan dia. Dan saya harap dia bahagia bersama kekasih hatinya yang pandai, kurus, cantik tu.

:)

Wednesday 19 September 2012

Cinta hati!

Assalamualaikum :)



Hari ni saya nak cakap yang....



saya benci dengan kerja group. Tak pernah suka pun sebenarnya. hahaha kejam kan? Tapi tu reality. saya sangat berharap UNITEN takde kerja group. Nak kerja individu. Ada tak? Kalau takde. Takpe. Cancel masuk UNITEN. hahaha

Tadi wa sembang dengan boipren wa. Sengal wei dia! Terus tak boleh tidur sebab dia punya sewel. Aku cakap elok elok. Dia main main. Aku cakap main main dia serius. Hampeh punye boipren!


Kindly meet my boipren yang tak berapa nak membantu sangat:








See! Memain lebih dia ni. Memang layak kalau aku ignore untuk 3 bulan.

k la.bye! :)