CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 27 January 2012

Kawan

Assalamualaikum

Ada orang cakap saya kejam sebab deactivated fb sebab orang tu. Sebab memang niat saya tak nak bagi dia stalk saya. Saya still diam. Saya diam sebab orang tu tak tahu sebab musabab yang sebenar. Saya tak marah orang tu. Tak. Tak. Marah dapat apa. Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Kalau boleh tutup..da lama kot mulut si kiah kepoh disetiap kampung ditutup menggunakan pengepit kertas..cool kan?

Kenyataan nya adalah..saya sedang menolong kawan saya mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Nampak tak saya sayang kawan saya? Kalau saya jumpa kawan saya yang tu..saya nak sangat cakap dekat dia terima kasih sebab ada dengan saya bila saya susah, bila saya nak ngumpat, bila saya tak boleh tido, bila saya sedih. Awak memang kawan saya yang terbaik.Bila awak rasa awak nak ajak saya ngumpat..sy ON je! hehe x best bile kite da jadi camni. Awkward boleh??

bai

Thursday 26 January 2012

Antara cinta dan keinginan untuk memiliki

Assalamualaikum

Hari ini saya TAK BOLEH SENYUM! kenapa ek? Allah da tarik satu nikmat dunia saya. Saya da tak boleh senyum. Asal senyum je rasa sedih. Nak senyum je rasa nak makan kaki. erkkk! nampak sangat takde kaitan

Pernah tengok cerita cinta tak? Tak pernah? Rugi! Sebab bila kita tengok cerita cinta..on the spot kita belajar cara nak bercinta sebenarnya. Yeah. Saya belajar bercinta dari cerita korea. Awak ada?? hahaha

Sebelum ni..saya selalu cakap dekat orang lain yang frust bercinta camni "Kalau kau sayang orang tu, kau kena pertahankan cinta kau". Nampak tak gua hebat bab nasihat orang?

Tapi sebenarnya..cinta tak boleh 100% macam tu. Memang kau boleh pertahankan cinta kau. Tapi sanggup ke kau bina cinta kau atas penderitaan orang lain? Contoh..bf korang mintak clash. Then korang punya la sayang nak mati kat bf korang ni. Korang cakap tak nak break. Ibarat iklan rokok. SAY NO TO BREAK! Then korang continue be a couple. Yes. Korang happy. Bf korang? agak agak dia happy berapa percent? Agak agak dia makan hati tak dengan korang? For sure lowh. No doubt! And the worst part is..Jasad dia dengan korang but not his soul. Nampak tak dia tak bahagia? Korang sanggup ke biar orang yang korang sayang macam tu? Kalau aku..tak.aku tak sanggup nak biar orang yang aku sayang hidup dalam keadaan macam tu. Let him go please. please..

Orang tanya aku..macam mana aku sure sangat orang tu memang da takde hati kat aku. First i'll say..trust ur kata hati. Hati tak kan menipu bila korang rasa sedih. Second, check fb dia. Overall punya check. Luar dalam kau stalk. Memang pedih. Sangat sakit bila kau dapat kebenarannya. But! Baik sakit sekarang dari sakit akan datang. Betul tak?

Then..kau tengok dari cara dia layan kau. Dari situ kau boleh judge orang tu macam mana. Tengok dia cari kau ke tak bila kau endahkan dia dalam masa 2 3 hari. Kalau cari..alhamdulilah la. Kalau tak..be strong! tak mo nangis nangis macam orang mati laki. nangis ala gadis je okiesss

Then pandai pandai la kau manage hidup kau. Nak melalak sehari ke setahun ke ape ke. Just let it be. Lama lama ok la tu. Patah tumbh hilang berganti kan. Tapi bagi spesis yang setia nak mati macam aku..*ehem2! Sila kawal emosi anda dengan selalu berada dengan kawan kawan yang otak senget. And jangan putus doa supaya anda anda kuat menghadapi semua ni. Allah takkan bagi kita ujian kalau kita tak mampu nak hadapi ujian tu. Smile girls! :)

Tapi..my advice, let him go. Tak guna kau simpan dia lama lama sampai da tahap peram kalau hati dia tak pada kau. Sebab..cinta memang macam tu. Kalau kita sayang seseorang..lepaskan dia untuk dia cari kebahagiaan dia sendiri. yes! you will be hurt. But..bila orang yang kau sayang jumpa kebahagiaan dia. Kau tak kan rasa sakit sangat. As kau da nampak dia bahagia. Tu bezanya cinta dan keinginan untuk memiliki.

Keinginan untuk memiliki tu ape?? Senang camni la. Kau suka fahrin ahmad. Then fahrin ahmad tak suka kau. Macam macam kau buat untuk buat si fahrin ni suka kau. Sampai la tahap kau sanggup call JAIS semata mata tangkap wet korang berdua. Then sampai la korang kawin sebab nak cover malu. But still korang kawin bukan sebab si fahrin tu sayang kau. By the time korang sah je jadi suami isteri. Sumpah kau rasa puas hati gila sebab kau dapat dia. But! tu bukan cinta. itu namanya keinginan untuk memiliki. Sebab..lepas je kau kawin..kau da tak kan syok kat fahrin macam mana kau syok kat dia before korang kawin.

Nampak beza dia?

Esok sambung lagi boleh? Nak sambung baca novel dulu.

bai! :)

Wednesday 25 January 2012

Berpijak dibumi yang nyata please :)

Assalamualaikum

Mari kita mengenang kisah sedih bersama sama. Mari. owh yeah! saya da deactivated fb saya. COOL! ok tak sebenarnya. rindu gilessss kat fb. Kite terpaksa melupakan fb seketika sebab kite dalam proses nak lupakan awak. Ye awak. Gua tak tahan hati tengok status lu la der. Sorry. Sebak semacam je. Sorry fb. Sorry. Saya tau awak rindu saya. kan? :(

Kawan tetap kawan walaupun kita gaduh teruk pun. Betul tak? Tapi kawan tak boleh jadi kawan bila satu pihak rasa da tak nak kawan. Pelik kan? Hati dan perasaan manusia ni cepat sangat rasa sayang dekat someone yang terlebih caring. Padahal orang tu anggap kita biasa je. Hati juga cepat tertipu dengan kata kata orang. Bila orang tu cakap sayang je, mula la otak fikir lain. Mula la otak fikir yang orang tu ada hati segala. Tapi hati dan otak boleh menipu dan tertipu. Tak. Aku tak salahkan pihak tersebut. Tak sama sekali. Silap aku juga la rasanya. We are too close i think.

To that person:
 Sorry..aku tak faham ape ko cakap semalam. Aku blur sikit bab bab tu. Lain kali cakap direct je dengan aku. Dengan aku pun nak kalis kalis. Tapi biar la buat masa ni, kita sama sama diam dulu. Tapi kita tetap kawan kan? Cuma aku nak ko tau yang aku tak salahkan ko. Salah aku juga sebenarnya. Kita sama sama salah kot. KOT la! hehe tapi aku still nak menang sebenarnya. Soooooo..sume ni salah ko! hahaha tapi..buat masa ni biar la kalau boleh kita jangn terjumpa pun elok kot. Aku tak nak de adegan menangis pulak antara ko dengan aku. Aku tak nak la orang sume tengok aku sebab ko nangis depan aku..hehe jangan wei. jangan. malu..hehe


da la.malas cakap lebih.nanti aku yang nangis depan lappy ni tak pasal

bai

Monday 23 January 2012

Terima Kasih Cinta

Assalamualaikum

Apa korang buat kalau korang dalam situasi macam ni?

 Nama saya Lisa surirumah tangga. Tapi saya tak kawin lagi. Saya study pun terkial kial. Tak layak nak kawin lagi. Fikir kawin takpe la rasanya. Lagipun pujaan hati saya nak habiskan belajar dulu. Sebab dia kata kalau tak belajar macam mana nak sara anak bini. Pujaan hati saya nak kumpul harta dulu baru boleh kawin. Lambat la saya akan mendirikan rumah tangga begitu. Maka saya harus menukar nama saya kepada Lisa solo.

 Saya semalam telah mengeDATE kan diri dengan encik pujaan hati. Nama nya yusry KRO. Tetiba saya sakit perut. Sakit orang perempuan datang la pulak! Terus rasa nak balik time tu jgak! Tapi saya tahan je memandangkan si yusry KRO tengah buat kerja. Tapi lama lama saya rasa sangat tak tahan hati untuk terus menetap ditempat si yusry KRO tu buat kerja. Saya ajak yusry blah and get lost dari tempat tu. Yusry ikt! sayang lebih!!


 Then sepanjang jalan tu..saya rasa sangat tak tahan. Rasa nak pindahkan perut saya kepada Yusry. Sebab dia relax je. Tak sakit pape pun. Hangin je! Tapi..saya tetap tabahkan diri untuk bercakap dengan si yusry. Sebab saya kesian dekat dia. Tak kan la saya nak biar dia cakap sorang sorang kan. Walaupun masa tu saya sangat sangat tak larat nak cakap. Faham kan sakit orang perempuan macam mana..ehmm


 Tapi! Saya kagum dengan Yusry. Sebab dia tahan je dengan kerenah saya. Walaupun banyak kali dia sound cakap da sakit sakit pun buat lawak lagi. Saya sayang Yusry saya. Thanks awak sebab awk layan saya time saya sakit. Saya sedar saya gedik. Tapi ada saya kisah? Awak teman saya time saya sakit. sweet gitu! Lain kali teman lagi boleh? Suka la dapat tengok muka risau awak. lalalalalalala


 Owh ye! Yusry belanja saya semalam! Lagi saya suka! 1000000 suka! hahahaha lap u so much la Yusry tua! and yeah. Happy burfday! :)




bai

Friday 20 January 2012

Rindu

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari malang saya kerana saya sakit. Malang sebab skipped the classes and so on. *mulut muncung! demnit

Malang jugak sebab saya amat kebosanan! noktah! pe ke benda la cuti cuti macam ni aku duduk kat hostel..sungguh tak bermoral

Sebenarnya...saya nak cakap macam ni

1. saya rindu IBU saya!
2. saya rindu AYAH saya!
3. saya rindu ADIK saya!
4. saya rindu BUDAK GEMUK!
5. saya rindu A MEOW (kucing)!
6. saya rindu KATIL saya!
7. saya rindu SCOOTER saya!
8. saya rindu TOK BIB saya!
9. saya rindu KAWAN2 saya!
10. saya rindu BERUK saya!


bai

Thursday 19 January 2012

Takdir

Assalamualaikum

 Hari ini mari kita berbicara mengenai takdir. Ramai diantara kita yang sering memikirkan mengapa takdir kita menjadi begini, menjadi begitu. Kesimpulannya sungguh mudah. Iaitu...TAKDIR! hehe takdir tu mksdnya ketentuan yang memang da ditetapkan. Kau tak payah susah susah nak pergi belaja berenang kalau da memang takdir kau lemas sekejap time mandi kt jakuzi rumah kau. Tak payah nak tunjuk belang kau dengan berenang dengan gaya kuak lentang kau dalam jakuzi tu. 3 suku kau tau. ulang suara..3 SUKU

 Sebenarnya..citer dia macam ni tau. Aku selalu mengadu nasib dekat sorang hamba Allah. Pastu kan..baik punya aku ngadu. Sekali boleh pulak dia cakap mcm ni "Pe nak buat ka..da nasib!" Sumpah rasa nak hantuk kepala aku kat katil. Dia boleh cakap cmtu! Sakitnye la ati aku..pe da takde ayat ke nak cakap. Sungguh membantu tau makhluk tersebut. SANGAT!

 Maka aku pun dengan selamba ala gajah nya balas balik "A'ah kan..ko jangan tanye aku nape kejap lagi ada tangan kuar dari hp ni ketuk kepala kau tau. Sebab tu takdir"

 Saya nak cakap yang saya sayang kawan kawan saya. Walaupun saya selalu gurau kasar dengan dorang. Very the sayang kat dorang

Bai! :)

Gua touching!

Assalamualaikum


Awakkkkkk!


Gua TOUCHING dengan lu la der!!!



Awak ckp nak pujuk saya..tak pun! GEdik!!!! BENCI!!!!


Awak gedik sebab awak buat saya jeles! titik!!!



bai

Tuesday 17 January 2012

Thanks awak awak

Assalamualaikum

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka mereka yang telah menyokong saya dari belakang, kiri, kanan, atas, bawah, depan semasa saya menghadapi kesulitan dalam membuat keputusan. DAN! terima kasih dan ucapan tahniah saya ucapkan kepada si Beruk kerana telah berjaya mendorong saya membuka rahsia saya selama ini. Giler punye beruk! main paksa paksa segala. hehehe tapi awak sweet la beruk. Saya suka awak!

Tahniah juga saya ucapkan kerana awak sungguh berani ketika menjawab soalan saya. Sedar tak awak yang saya rasa jantung saya tercabut time awak mula mula tanya saya soalan? Saya speechless! Tak sangka mak! terperanjat beruk kau! hahaha

Ehm..terima kasih sebab saya da dapat jawapan yang saya nak selama ni dari awak. Dan ye. Awak da berjaya buat saya sebak sampai nangis. puas ati tak? hahaha tak puas lantak ko sana. eh tak tak. ini biadap. sorry beruk!

Awak tak boleh janji yang awak tak kan tinggalkan saya. Saya suka bila awak cakap mcm tu. Sebab awak berpijak dibumi yang nyata. Jeng jeng jengggg! Kau main main pasal yana ea? kau tau tak aku makan hati berulam jantung bape ari dengan citer pasal yana kau tu! siap kau!

Lastly...saya tak tahu sejak bila awak suka saya. Tapi saya rasa da lama. Sebab awak sewel semacam je mengenakan saya. Tapi! sewel sewel tu la buat saya suka awak. hewhewhew sila jangan kembang ye beruk.sila

Betul cakap org..lebih baik kita pergi dekat orang yang sayang kan kita. Bukan kita yang sayang orang tu. Tapi. saya sayang fahrin ahmad wannabe saya


bai! :)

That moment

Assalamualaikum and halu there!

Orang cakap saya tulis blog sbb nak glamour. Kepala hot! ok. agak kasar disitu. Saya tulis blog untuk rujukan saya akan datang. It is about me myself. Kira ada juga bahan bukti nak tunjuk kat cucu cucu kalau dorang dok tanya nenek dorang dulu muda muda buat apa. haha see..bahan bukti tu penting ok.jangan pertikai kan benda ni.

Apa yang saya nak membebel hari ini adalah..

First, Al - Fatihah to arwah pakcik rosli. Ayah to my BFF, pika rosli. Ka..aku tau kau cukup kuat untuk sume ni. Even kau sangat kuat. Kau ada time aku sedih, time aku susah, time aku gembira. Kau da macam darah daging aku. Kita da macam adik beradik. Kau kenal aku luar dalam. So aku tau kau cukup kuat untuk tempuh sume ni. Allah tak kan bagi kita ujian kalau kita tak mampu nak tanggung ujian tu. Aku tau kau anak yang baik. aku yakin kau boleh jaga mak dengan adik kau. Aku tak pandai nak tenteramkan orang. Tapi aku nak kau tau yang aku ada dengan kau. Sentiasa! Apa2 masalah, kau bagitau je aku. Insyaallah. Aku tolong kau. Ni je la time untuk aku balas balik sume jasa kau kat aku dulu. huhu

Semoga roh pakcik Rosli tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Dan semoga kawanku tabah menghadapi ujian yang melanda. Amin.

Wednesday 11 January 2012

Ini luahan hati.. terakhir mungkin

Assalamualaikum

Entri ini berbentuk luahan rasa dan hati. Tiada kena mengena antara yang hidup dan mati. Yang gemuk atau kurus. Yang hitam atau putih. Yang berpunya atau single. Takde kaitan langsung. Harap maklum. And yeah. I'm listening to disaat aku mencitaimu. Rasa nak nangis? Sila

Awak..

Tiga tahun tu masa yang sangat lama bila difikirkan balik. Sebab angka 3 lebih besar dari 1. Mengenali awak merupakan benda yang paling saya hargai. Setiap saat bersama awak ibarat emas yang mahal sangat sangat. I'm speechless when i'm with you. Saya secara jujur tak boleh nak kentut sepah sepah bila saya dengan awak. Sebab saya nak jaga kelakuan saya. Saya tak nak awak nampak saya as a girl yang perangai tak senonoh. Takut kena reject. Yup. I'm scared of that.

3 years..i can't believe it until now. 3 years i wait for you. There is no other guy that can make my heart beat fast just like u did..There is no other guy can make me smile when i wake up every morning. And yeah. There is no other guy that can make me in madly in love just like u did to me.

But yeah. I will understand if u say u want me to give up and move on. I know who am i. and yeah. Don't force urself to madly in love with me. Don't ever u change any single thing about urself. Because u know..i'm in love with who u are. Not who are u..

I'm totally happy with u all this while. When ever it up or down, I know that we will make up together again. Maybe it is due to my kedegilan or yours daya penarik.

It's hard to say things to me lately right. Yeah..u don't have to. I'm understand it already. Keep smile and rise my little cute gemuk. don't worry about me. I will be fine. Just fine enough. and yeah. I will find like you. Adele mood now..








p/s: Lepas ni sapa sapa ada masalah nak tulis surat cinta sila jangan segan segan bayar saya untuk buat surat anda. Surat ni kawan saya punya. Dia bagi upah choki2.kelas kan?

bai! nak g email surat ni dekat tuan dia

ETR

Assalamualaikumh

Saya cuma nak cakap..ETR telah merosakkan segala galanya.

Berikut adalah senarai kerosakkan yang telah dan akan dilakukan oleh subjek ETR yang semua orang tengah atau sedang lakukan :

1. Bf/ gf tak boleh date due to kerja berlambak.
2. Kawan boleh jadi lawan sebab sume orang stress
3. Kerja subjek lain tergendala sebab kerja ETR byk giler nak mampus!
4. ETR menggangu emosi aku.serius! tido da x mimpi ape da.mimpi etr je
5. ETR telah berjaya memgbankruptkan aku.dengan jayanya.
6. Hubungan saya dengan si dia macam da kelaut. buekkk! sebab aku penat otak, penat badan.aku nak ngadu..tp cam x dilayan je.bye!
7. Etr membuat semua org giler sebab duit mara da abis.titik!

da la..banyak ngumpat nanti repeat plak.haha

k bai

Tuesday 10 January 2012

Saya belajar

Assalamualaikum

 Saya belajar bahasa melayu dari cikgu yang sangat pandai mengajar anak muridnya. Jadi saya faham bahasa melayu awak.

 Saya belajar bahasa inggeris dari cikgu yang bijak mengajar anak muridnya. Jadi saya faham bahasa inggeris awak.

 Saya belajar matematik dari cikgu yang pakar mengajar anak muridnya. Jadi saya tahu tentang angka. Seperti 3 lebih besar dari 1.

 Saya belajar ilmu tentang manusia dari cikgu biologi saya. Cikgu saya bijak mengawal tindakan anak muridnya. Tetapi saya gagal memahami seluruh mata pelajarannya bila saya meningkat dewasa.

 Secara jujur. Saya seorang yang mendengar arahan. Bukan memberi arahan. Saya akan tewas jika memberi arahan sebab saya lebih suka menjadi orang yang mendengar arahan.

 Jadi..sila berterus terang tentang apa yang awak rasa. Sebab saya boleh menerima dengan hati yang terbuka. Dan juga sebab saya menilai orang dari semua aspek.

Monday 9 January 2012

Saya nak cakap

Assalamualaikum

Saya mungkin rabun. Saya mungkin pekak. Saya mungkin tak nampak. Saya mungkin kurang bijak. Saya mungin kurang kuat daya ingatan. Saya mungkin terlepas pandang. Saya mungkin tak hebat. Saya mungkin tak cantik. Saya mungkin tiada sense of fashion. Saya mungkin kurang kelakar. Saya mungkin tak pandai bawak kereta manual. Saya mungkin agak berisi. Saya mungkin seorang yang kurang penyabar bila bawak kereta. Saya mungkin kuat loya buruk. Saya mungkin mulut macam longkang. Saya mungkin tak sehebat orang lain

Tapi

Saya tak cukup bodoh untuk rasa apa yang saya rasa sekarang

Friday 6 January 2012

Kenapa orang memilih bila bercinta?

Assalamualaikum


Semalam ada sorang ni dengan baik hatinya menanyakan soalan dekat aku yang sangat cetek ilmu agamanya.

  "Kenapa dalam Islam kita kena memilih pasangan kita?"

Well..aku tak jawab semalam. As aku tak yakin dengan jawapan aku. But arini aku rasa nak jawab. Sebab da ingat balik apa Ustazah aku ajar dulu time Munakahat. Munakahat tu apa? Ehmm..munakahat tu subjek yang paling aku suka dekat sekolah agama dulu. Kalau hari Selasa ada Munakahat. Aku TIDAK akan ponteng sekolah. Sebab aku gatal nak belajar bab kawin. Yup munakahat is about perkahwinan. Dari sesi memilh pasangan sampai la ke cerai berai. Amacam? Ada hati dan perasaan nak pinjam kitab aku tak? haha

Tapi..jawapan yang aku bg ni. Bukan 100% bergantung pada kitab munakahat aku okies. I buat research U'olls.. untung la kalau aku buat assignment pun rajin macam ni. untung laaaa.mesti ANC! hahaha *gelak orang gila

Sebagai mana semua orang tahu la kan. Kaum adam adalah kaum yang sepatutnya melindungi kaum hawa. Sebab itu kaum hawa dijadikan dari tulang rusuk kaum adam. Bukan dari part badan yang lain. Sebab tu la kaum lelaki ni lebih gagah perkasa dari kaum perempuan. Kalau kita tengok balik keadaan semasa zaman sekarang ni. Kaum wanita sedang berusaha untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Apa yang lelaki boleh buat perempuan pun nak buat la senang ceritanya. Tapi...ini tidak sama sekali mengubah fitrah alam yang mengangkat kaum lelaki sebagai ketua dalam keluarga.

Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh yang mempunyai pendidikan  agama yang sempurna serta berpegang teguh dengan ajaran Islam.  Di mana melalui panduan  agama, seorang suami itu berwajiban menggauli isterinya dengan baik dan  memberi nafkah sesuai dengan tuntutan Islam.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: Maksudnya :
“Lelaki itu pemimpin yang bertanggungjawab atas kaum wanita dan kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana telah membelanjakan  harta mereka”.
Dalam ayat di atas jelas bahawa  suami mempunyai kekuasaan terhadap isteri di mana isteri hanya membantu suami dalam urusan rumahtangga.  Lelaki yang benar-benar dapat mengendalikan kewajiban seorang suami mestilah berupaya menjadi ketua keluarga yang bertugas memimpin, mendidik dan memberi kasih sayang terhadap rumahtangga.
Di antara faktor penting dalam mengutamakan agama yang disarankan oleh Islam ialah :-
1.   Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman agama yang kukuh serta praktikal.
2. Melaksanakan syariat Islam  berdasarkan prinsip yang berterusan.
3. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam hidupnya.
4. Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di dalam rumahtangga.
Selain dari itu wajar bagi lelaki seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia,  seorang yang penyayang, suka memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil berat terhadap keluarganya.
Walau bagaimanapun, sebagai kaum lelaki sudah masanya dari sekarang melengkapkan diri dengan mencari dan mempelajari ilmu Islam sebanyak mungkin untuk persediaan di hari muka.  Oleh itu, ingatlah bahawa kaum wanita pada hari ini sudah mengerti memilih calonnya di mana bukan sahaja lelaki yang kacak malahan  bijak pula dalam selok belok agama yang sememangnya layak menjadi suami.

Ok..yg atas ni aku copy paste :P




 

Surat untuk pihak tersebut

Assalamualaikum..

Dengan segala hormatnya saya nak cakap yang...

entry ni berbau luahan perasaan sikit. Wait! pernah ke buat entry tentang luahan tapak kaki? ok tak kelakar

Kehadapan sesiapa yang berkenaan

 Saya sangat berasa tidak berpuas hati atas tindakan yang telah saya dan anda sama sama lakukan semalam. Ingin saya jelaskan disini yang saya tidak berasa marah terhadap anda semalam. Akan tetapi setelah disuruh oleh pihak anda. Saya terus menjadi marah dengan perasaan yang membuak buak. Sila jangan mempersoalkan hal tersebut. Sila ye

 Akan tetapi pihak anda langsung tidak mengambil apa apa tindakan. Tiada sebarang pesanan ringkas atau panggilan telefon. Pihak anda tidak mahu memujuk saya ea?

 Pihak saya tidak mahu berasa marah kerana saya sudah menjangka hal sebegini akan berlaku. Malah jika saya berasa marah pada masa ini. Insyaallah saya akan mudah berasa marah terhadap anda pada masa akan datang.

 Pihak saya amat berharap pihak anda memikirkan semula apa yang terjadi semalam. Sekian terima kasih.

k bye

Wednesday 4 January 2012

Apa yang saya harap untuk tahun ini

Assalamualaikum

Semua orang ada azam sendiri kn? Jangan bohong kalau korang cakap takde azam baru. Even budak sekolah rendah pun ada azam tau. Lagi la orang yang da tua bangka. Opsssss! Sorry. Bukan tua bangka. Matang ye. Matang..macam Fahrin Ahmad tu. hewhewhew

Tapiiiiiii.....aku tak pernah pasang azam tahun baru. Well bukan tak pernah langsung. Tapi da stop pasang azam. Since sekolah menengah memang aku da stop nak pasang azam. Macam tak kemana. Sebab aku knal diri aku.hahaha

Tapi sejak aku da meningkat remaja a.k.a tua. Aku rasa da sampai mse la kot nk pasang azam balik.haha looser!

But..tak rasa nak pasang azam la. More to pasang niat. Dalam Islam, pasang niat pun da dapat pahala. kan?

Tahun ni saya..anak razali nak pasang niat yang berupa:

1. Nak habiskan study dengan jayanya
2. Nak sambung bisnes yg selama ni terkubur..kesian bisnes tu. lalang segala da tinggi da
3. I should learn more about Islam. Yeah. I'm a Muslim. But..it's still not enough. Ngerti?
4. I think it's time for me to think about my future. Masa kegemilangan nak bersuka ria da berakhir.
5. Family lagi penting dari segala galanya. titik!
6. Kembali normal dalam blog. Mksdnya..rajin update. Tolong jangan pikir lain. tolong
7. Be a better person than before
8. Berapa orang yang kecik hati dengan saya? I'm trying to make it zero. Insyaallah. Pray for me guys :)
9. Be nice to everyone. Takde istilah pilih bulu lepas ini. Even aku tak pernah dok pilih bulu korang..eeeuuuuuuhhhhh! bueeekkkkkk! :P
10. Saya mencari seorang imam. sapa sapa nak isi borang? haha no.this is real. Saya mencari perhubungan yang diredhai. dapat tak apa yang cuba disampaikan? *malu! hahaha


Ok. Diatas adalah senarai niat saya untuk bila bila. hehe ok2. no..just kidding. hehe I'm hoping that Insyaallah saya boleh mengatasi segala masalah yang sedang,bakal,akan dihadapi dengan tenang. Yup. Benda yang baik semua datang dari Allah kn? There is no point to be angry at Him when we facing any problems. Sebab semua yang jadi mesti ada hikmah. Just have faith and sentiasa berada di landasan yang betul

*Arisa wina kirim salam dekat sapa sapa yang baca blog ni

k bye! :)