CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 3 August 2012

Perangai

Assalamualaikum..

Dear laman sosial yang disediakan khas untuk manusia membebel seorang diri didepan keyboard tanpa memikirkan bahawa beriadah diluar rumah lagi best dari beriadah membazir masa dihadapan laptop/ ipad/ tablet dan sebagainya. Selamat berpuasa. *motip??

Yang sebenarnya,
Lately ni ada orang tanya aku. Kenapa aku jarang msg, jarang call. Jawabnye simple je. Sebab kau tak start dulu. Corak permainan aku senang je. Bila orang start dulu, aku akan start kemudian. Aku jarang nak start dulu. Bila aku start dulu then ko ingore aku, memang aku akan stop start dulu. Sebab aku seorang yang cepat bosan. Kalau tengah borak then aku diam, itu bermaksud aku bosan.

Sebab tu jugak la aku ada semua account laman sosial. Tapi tak pernah stick dengan beliau2. Bila aku rasa best aku stick lama la. Bila aku rasa macam so so. Aku stick sekejap. Bila aku rasa benda alah tu heaven. Aku stick lelama sampai aku rasa nak lekat diri aku dgn glue. Bila aku rasa beliau langsung tak menarik perhatian, aku dump beliau. Nampak corak dia macam mana?

Tapi! Tapi! Aku bukan jenis orang yang suka dump orang sesuka hati. Semua orang perlu ada ruang untuk diri sendiri kan? Sejujurnya i'm not prefer to get along with people yang jujur teramat. As bila aku aku tanya arah tuju hidup then dia bantai jawab dari A to Z. Jangan salah faham bila aku cakap aku tak suka. Aku cuma tak suka bila dia melibatkan aku dalam pelan kehidupan dia sambil lewa. Maksudnya dalam erti kata lain bergurau nak melibatkan diri aku dengan pelan kehidupan dia. No. No. Saya tak suka benda yang tak pasti. As kalau awak betul betul nak macam tu, show me your effort. Not your laugh.

I'm 21. Bukan 12. Da masa untuk saya fikir masa depan saya. Dan awak yang tak tahu apa apa pasal saya jangan nak judge saya sesuka hati awak. Saya bukan jenis orang yang hanya akan cari kawan bila bosan. Saya bukan jenis orang yang akan layan sesiapa yang datang dekat saya. Bukan ye. Bukan. Awak salah tafsir saya. Dan itu buat saya sangat terasa sebab awak cakap awak kenal saya. No my friend. Awak tak kenal saya lagi. Rahsia saya belum dalam kocek awak lagi. Rahsia saya masih dalam kocek seluar jean saya yang saya beli 3 tahun lepas.

muka pemegang rahsia


mereka kenal saya luar dalam
kocek dia penuh dengan rahsia saya
Berhenti la bertanya kenapa saya tak msg, tak call. Sebab saya perlukan ruang dalam hidup saya juga. Saya hormat awak sebagai kawan saya. Saya juga menghormati hati saya yang terasa dengan perkataan awak. Semua orang sibuk dengan kerjaya masing masing. Tapi saya tak faham bila ada orang yang mempergunakan kesibukan bekerja sebagai alasan unutk tidak membalas msg, tidak call. So, awak expect saya sebagai student tak sibuk? Saya juga sibuk dengan macam macam benda. Tapi saya still boleh cari masa untuk saya luangkan dengan awak. Tapi bila awak gunakan alasan sibuk kerja. Saya rasa itu bukan alasan yang logik. Saya tidak berapa gembira bila orang menetapkan saya masa bila saya bleh msg, call.

Sebab otak saya da set. Saya takkan msg, call org yang menetapkan masa untuk saya bersembang. Saya tak perlukan temujanji untuk bersembang dengan kawan sendiri bukan? Itu bukan kawan kalau perlukan tempoh masa untuk berhubung. Saya agak kejam sebenarnya. Kalau awak cakap "saya rasa saya perlu remove awak dari fb saya.Nanti gf saya marah" saya dengan rela hati mengremove kan diri saya terlebih dahulu. Sebab saya tak suka bila orang letak limit pasal benda yang tak tentu dalam hidup saya.

Saya tak suka jadi yang kedua even benda tu best. Saya tetap saya. Awak boleh suruh saya ubah diri saya. Tapi awak tak boleh ubah diri saya dalam jangka masa yang lama. Saya boleh berkawan dengan orang boleh terima saya yang agak kasar ni. Kawan kawan saya tak pernah kisah kalau saya kasar, gemuk, pakai tudung macam mak cik mak cik or whatevar. Sebab dorang kenal saya. Saya yang macam mana.

Fuhhhhhh...sekian terima kasih. Puas lepas marah kat sini. Sekian. sekian

Wednesday 1 August 2012

Dear kawan

Assalamualaikum

Saya mungkin boleh senyum bila saya pandang orang lain. Saya mungkin boleh ketawa bila orang lain ketawa dengan saya. Tapi saya tak boleh tipu diri saya sendiri. Saya boleh sembang dengan 1000 orang yang lain dari awak. Tapi tetap awak yang faham macam mana saya. Apa saya nak. Apa saya tak nak. Dan apa yang saya rasa.

Awak memang kawan terbaik saya pernah ada. Awak tak pernah tahu bertapa saya rindukan dorongan awak as a friend. Saya boleh ada 1000 kawan lain. Tapi dorang tak boleh nak buat macam mana awak buat dekat saya. I don't mind if others said i'm risking myself by continue be your friend. Sebab jadi kawan awak adalah satu anugerah yang sangat sangat sangat saya hargai.

Orang lain tak faham saya macam mana awak faham saya. Orang lain tak mampu nak layan kerenah saya macam mana awak layan kerenah saya. Ada yang cakap saya sunyi, bosan la ape la. No. NO! I'm just lost. Saya mula lost bila saya hilang awak as a friend. Sebab saya da hilang kawan yang selama ni ada bila saya susah, senang, sakit.

Dear awak yang awak tahu siapa yang saya maksudkan..saya nak awak tahu yang awak kawan berlainan jantina yang paling baik bagi saya. Remember when i told u that i don't want to be close to u?

I lied. I lied because i don't want you to know that i need u as my friend. I need u like badly. Saya ingat saya boleh cari kawan baik yang lain. Saya salah. Awak tetap awak. Saya tetap saya. Maaf