CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 22 February 2012

Mungkin berbeza. Tapi sama!

Assalamualaikum

Warna kulit : sama!
Kenderaan: Sama!
Perangai: sama!


Nama: lain!
Bentuk badan: lain!

Tapi yang paling sama adalah:


ALASAN!

Monday 20 February 2012

Keputusan muktamad

Assalamualaikum

 Saya rasa da sampai masa untuk saya jelaskan semua benda dekat awak. Saya sayang awak. Tapi mungkin kita ditakdirkan untuk jadi kawan. Kawan semata mata tak bermaksud kita kena ada jarak. Betul? Kawan semata mata tak bermaksud kita tak boleh share rahsia macam dulu. Saya da boleh terima ketiadaan awak. Jadi. Saya sangat berharap awak boleh meneruskan kehidupan dengan aman. Gua gua. lu lu. Boleh gitu? Tak tak. Gurau. Kawan sampai mati kan? Awak yang cakap macam tu kan. So. Kita kawan sampai mati okies.

 Semalam mungkin kita sama sama penat. Sama sama hilang akal. Saya tak sengaja naik suara dan bertindak biadap dengan meletak telephone. Tak sengaja. Betul. Tak de niat langsung. Mungkin faktor penat test menyumbang.

 Saya faham apa awak cakap semalam kawan. Semua ni salah saya sebenarnya. Saya mengaku. ok? Kita kawan sampai bila bila. Awak go on dengan hidup awak ok. Saya doakan awak jumpa orang yang betul betul boleh sayang awak sepenuh hati dan faham awak. Gua tak boleh. Macam awak cakap. Orang tak suka kita jadi kawan

 Jadi kawan pun problem kan? Kalau tak boleh kawan lain kali suruh dorang buat persatuan anti kawan. Senang. memang tak boleh tengok orang bahagia dengan kawan betol. Jeles le tu.uh!

 Saya sayang awak. Tapi. Kita da ditakdirkan untuk jadi kawan. Jangan sedih k kawan. Saya tetap ada untuk awak 24/7. Owh hah! Berukkkk! aku dapat jersey tadi. hewhewhew suke abis! rasa nak lompat2. balik terus try uh. tak tunggu lagi. mesti ko cakap aku giler eksaited kan. lantak la wei! janji aku dapat hadiah. kau ada? haha sila jeles. fahrin ahmad wannabe bagi aku td! kalau kau baca post ni mesti kau marah aku sebab aku tak msg kau. tak mo msg kau lagi. nanti kena marah lagi macam semalam. sentap kau tahu!


k bye

Thursday 9 February 2012

Karma?? yes. Benda tu memang wujud

Assalamualaikum

  Karma tu pe? Karma tu lebih kurang camni la. Balasan yang kau akan dapat setepek kalau kau buat benda jahat kat orang. Contoh macam arini kau langgar orang then kau buat bodoh. Then dalam masa 5 atau 6 tahun kehadapan kau akan kena langgar. siap koma segala. Sebab kawan aku cakap selalu karma ni lebih teruk dari apa yang kita buat. So aku andaikan cmtu je la. Boleh faham?

 Kalau tak faham jugak..sila google sendiri.haha boleh camtu? Busy la.sorry. Lain kali gua tolong googlekan sekali okies kanak kanak.

 Semalam one of my friends cakap pasal karma. Yup! Karma. haha kelakar kau tau. Aku da rasa karma tu macam mana. Hebat! Betul la. Sikit kita buat orang..orang buat kita double! Triple! beribu ribu lemon lagi hebat kau tahu!

 Salah aku jugak bila pikir balik. Tapi masa aku buat tu. Mana aku nak tau karma ke balasan ke ape ke. Yang aku tau aku ok. Tapi aku tak pikir pihak lagi satu. Langsung tak. Aku ignore hamba Allah yang tu terus. Totally ignore. Bila dia msg aku x reply. Bila dia call aku tak angkat. Siap reject lagi. Padahal sebelum tu elok je aku buat perangai aku. Well masa tu aku muda lagi. Baru sweet 17 kot. Darah muda tengah membuak buak.

 Aku ingat lagi apa aku buat semua. Time tu aku kat PLKN. Ye la kan. Nama pun PLKN. Awak pandang saya, saya pandang awak. Awak hensem saya cantik. Sama sama jatuh cinta. Kononnye! Tapi sebenarnya..saya pandang kawan awak. Awak pandang saya. Awak boleh la hensem saya langsung tak cantik. Itu realitinye. Then bila benda da melibatkan kawan kawan masuk campur. Fham faham je la kan. cerita jadi hebat. Lain aku cakap. Lain disampai. Normal la tu. Normal. Then macam mana aku dengan dia tetiba jadi pasangan yang pergi jogging sesama. Pasangan yang pergi kelas sesama. Siap dapat choki2 3 paket selang 2 3 ari. Tapi masa tu aku baru keluar sekolah. Jadi agama aku kuat lagi. Tiap tiap hari aku bahan dia. Sampai dia cakap aku budak sekolah agama. Pandai aku berlakon dulu. Cukup pandai.

 Lepas tu aku start boring sebab kitorang jadi "pasangan" atas dasar mulut kawan aku. Bukan dari mulut aku. Memang la dari mulut aku keluar la ayat ayat menyentuh perasaan. Tapi. Masa tu aku muda. Budak lagi. Time tu aku pikir. Ok la kot. dari takde. Sebab budak dorm aku rata rata semua de Bf PLKN. So..macam tak salah. Macam la kan. Padahal..benda tu memang salah. Sebab tak kan de cinta PLKN yang tahan. Tak akan ada. Awal awal masuk kem lagi cikgu aku da brain wash seekor sekor budak kem pdang hijau.

 "AWAK MEMANG AKAN JUMPA PASANGAN HIDUP AWAK DALAM KEM NI. TAPI INGAT! HUBUNGAN AWAK MESTI TAK KAN KEKAL. JADI. HENTIKAN LA NIAT AWAK NAK CARIK PASANGAN" see! Gempak kan cikgu cikgu kem aku. siap bagi warning awal awal lagi. Nasib tak dapat warning letter je. Nasib la. Tapi kalau da dasar budak budak. Kau cakap la kalau couple kat kem kena cirit birit pun takde nye dorang kisah. Lagi dorang nak try.

 So..dipendekkan cerita. Aku ignore mamat tu. As aku da tak nak de hubungan dengan dia. Sebab da nak balik rumah. And aku rasa jarak akan memisahkan kitorg. Aku rasa dia bukan untuk aku sebab dia tak matang. *bajet diri sendiri matang!

 Tapi benda tak semudah tu sebenarnya. Bila aku cakap aku tak nak dia. Kawan kwan aku dan dia terus tanya aku macam macam. As kitorg satu company. Biase la. Kalau da nama pun 1 company..mesti la semangat setia kawan tinggi. Ye dak? Then aku cakap macam macam alasan. Sampai la satu tahap aku da stop jawab sume soklan yang orang bagi kat aku. macam tu sekali perangai tahi aku dulu. Nampak tak aku jahat sebenarnya. Aku berubah sikit sikit jadi baik lepas benda ni jadi. Lepas aku muhasabah diri aku. Lepas aku sedar apa yang aku buat kat orang selama ni.

 Sebab tu kalau orang cakap aku baik..aku selalu mentidakkan benda tu. Sebab aku tau apa yang aku buat dulu memang tak boleh dimaafkan. Sebab aku da main mainkan perasaan orang. Aku da tabur janji. Yeah. I learned from my mistake.

 Orang tanya besar ke pe yang kau janji? Besar bai! sebab melibatkan perasaan orang. Dia siap cakap kat mak dia plak nanti masuk minang aku. Time tu memang aku da cuak abis. Rasa macam nak balik rumah time tu gak. Tapi kawan aku cakap steady wei. steady. sabar. sabar. Then aku pikir. sampai bila aku nak ikut cakap orang? sampai dia betul betul datang rumah aku cakap nak msuk minang aku? No way! time tu jgak aku da nekad yang aku kena cakap kat dia yang aku tak ready lagi.

 Pastu bila dia tak boleh terima pe aku cakap..aku terus ignore dia. sebab aku pikir tu benda yang paling bagus. Padahal benda tu benda paling bodoh yang aku pernah buat. Benda paling kejam aku buat sepanjang aku hidup. tapi masa tu aku tak pikir camtu. aku pikir aku je.aku pikir kalau aku da lepas. lega. tu je. keji kan aku?

 Then bila da besar panjang siap gemuk lagi. aku mula pikir balik. memang silap besar aku buat orang cmtu. Sebab nanti aku kena balik. Pastu aku buat kawan la dengan mamat plkn tu. alhamdulilah la dia boleh accept aku as a friend. Dia pun da go on dengan life dia. Siap da tukar gf banyak kali. Aku jugak terkapai kapai seseorang. Kawan yg dlu menghasut aku pun elok je dengan bf silih berganti dia. aku jugak terkapai kapai seekor kat belakang.

 Pastu sekarang ni aku da dapat balasan karma aku. Sakit la giler rasa dia! Serius sakit. Tak tipu. Tipu dapat apa. Dosa bertambah ada la.

 Napa aku letak cerita aku kat sini? Sebab aku nak orang lain jangan buat perangai tahi aku. Jangan buat orang. Jangan mainkan perasaan orang. Please jangan. Kalau de niat pun. Hilangkan la niat tu cepat cepat. Tak baik buat orang. Nanti kita kena balik. Da la tak baik tahu buat orang. Tak baik bagi orang harapan. Sangat tak baik. Yes. For me. I'm changed. Saya bukan lagi pika razali yang dulu. Saya da jadi nur syafiqah razali. Someone yang lebih menghargai seseorang sekarang ni.

 Tak terlambat untuk berubah.

Tak terlambat untuk menyedar kesalahan diri sendiri

Tak pernah terlambat untuk bertaubat

p/s: I will try my best untuk menjaga cinta yang sedia ada.

this is not my promise. this is my word

Wednesday 8 February 2012

Ini bukan sajak

You make me this
Bring me down
Bring me up
Playing sweet
You make me move like a freak
Mr saxobeat

He make me this
Bring me down
Bring me up
Playing sweet
Makes me move like a freak
Mr saxobeat

Hey sexy boy
Set me free
Don't be so shy
Play with me
My dirty boy
Can't you see
That you belong next to me

You are the one i need

Tuesday 7 February 2012

Pergi jauh please

Assalamualaikum


Yeah2! aku skipped kelas arini..ape kau cool pikir abis skipped kelas?? pfttttt..kalau la toilet bilik aku ni boleh angkat2 memang da lama aku g kelas. Sorry sistem penghadaman. Tapi saya sangat tak berpuas ati dengan prestasi yang anda tunjukkan dua mingggu ni. Dan Insyaallah untuk beberapa minggu kedepan. Berbulan mungkin.

Pergi jauh jauh boleh wahai sakit perut yang menyeksakan? Kan bagus kalau de orang jaga time sakit cmni. Ehm..rindu ibu! nak ibu! nak orang jaga time malam tak boleh tido. Nak orang teman bila sakit. Nak orang de kat sebelah sambil belai belai. Nak sume la senang citer. Nak ibu! upah nurse jaga along kat hostel boleh tak ibu? Kalau boleh sayang lebih! hehe

Thursday 2 February 2012

Sebak boleh?

Assalamualaikum..

Hye kawan! Sebak boleh? Sampai ati ko kawan. Aku try nak baik. Try and error. Tapi ko jadi pelik. Pastu tak nak ngaku plak tu yg ko jd pelik. Sampai ati ko kwn. Sampai ati.. Aku try macam macam nak jadi geng balik. Tapi ko x nak. Aku tak tahu ape ko nak. TAK TAHU! bagitau la aku. Ko tau kan aku memang malu nak tanya orang lebih lebih. Kang de yang makan hati plak nanti. Pelik ow bile ko dgn aku camni.. Sumpah pelik. Mane ko yang aku kenal dlu? Ko da kne telan dengan perkeso ke pe? Mane beruk yang aku kenal dulu. Yang suka bantai gelakkan aku. Yang suka buat aku makan hati. Yang suka wat aku blushing dengan soklan bodoh. Yang ada bila aku sedih. Yang ada bila aku de masalah cinta. Yang ada bila aku nak ngumpat. Yang call aku pkul 1 pg semata mata nak sembang? Serius rindu dgn ko! Bila aku cakap aku rindu..ko bantai gelak kat aku plak skrg. Skrg ni pkul 9 lebih pun ko cakap da nak tido.

Salah aku ke? Kalau aku tau..sumpah wei! sumpah aku tak cakap ape yang aku cakap kt ko dulu. Weird ow sekarang ni! Aku da x de geng beruk. da x de beruk yg boleh aku banggakan.

Wednesday 1 February 2012

Hidup ni

Assalamualaikum..





Hidup ni kadang kadang mencabar. Kadang kadang bosan. Kadang rasa nak mati cepat. Kadang kadang rasa tak dihargai. Kadang kadang rasa disayangi. Kadang kadang rasa happy nak mati



Tapi!!


Berapa kali rasa bersyukur sebab still bernafas untuk sekian kali? Berapa kali rasa bersyukur sebab masalah yang kita ada tu kurang beban dari orang lain yang masalah lagi teruk?

Renung renungkan dan selamat beramal.

bai! :)