CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 2 March 2012

Peluang?

Assalamualaikum..

  What is peluang? peluang tu peluang la gila! ok. Sumpah rasa nak backhand orang la kalu ini macam. Tak semua orang berhak dapat peluang kedua sebenarnya. Lagi lagi kalau sebenarnya peluang kedua tu sebenarnya peluang ke 169 dorang. Tapi. Tengok orang jugak rasanya. If yang buat salah tu adik kau yang memang darah kau, darah dia, tak kan korang nak biar je dia hidup tanpa korang terkapai kapai tercunggap cunggap mintak perlindungan dekat orang luar. Kan?

  Orang yang diberi peluang tu pun sebenarnya sepatutnya menghargai peluang kedua yang diberi tu. Jangan bodoh sombong please! Dunia tak berputar utk awak semata. Dunia tak berpaksi kan apa yang awak rasa dan fikir betul. Fikirkan hal orang lain juga tolong. Sampai bila nak hidup bersandarkan kemaafan orang lain? *kaitan?

 Selalunya bila orang cakap ini peluang last. Aku selalu pikir yang aku jahat sangat. Sampai orang kena bagi aku peluang last. Selama aku hidup ni, orang yang selalu cakap macam ni adalah ibu dgn ayah aku. haha which i would say..memang aku layak pun kena cakap macam tu. Tapi tu untuk kesalahan yang besar la. Tapi selalu je aku keep repeat salah yang sama.

 Tak pernah ada orang cakap dekat aku peluang terakhir sampai la malam tadi. I would say..thank you sebab bagi aku peluang terakhir untuk cakap dengan kau dengan macam tu. Terima kasih untuk kenangan tu. Terima kasih untuk bagi aku dengar apa yang aku da lama sangat nak dengar. Terima kasih sebab at least kau bagi aku peluang untuk cakap apa yang aku nak cakap dekat kau. Terima kasih sebab kau bagi aku kebahagiaan untuk sekejap. Cukup terharu! Cukup kenangan untuk aku simpan dalam jangka masa tertentu.

 if. IF! apa yang kau cakap semalam tu untuk cover atau menyedapkan hati aku je pun. Aku sikit pun tak kisah. At least..kau bagi peluang terakhir untuk rasa apa yang aku rasa semalam. Cukup untuk aku survive dalam kenangan. backhand diri sendiri boleh sebab geli :P

 Aku try. Aku try dengar cakap kau k babeh! babeh?? hahaha kambing ade le ko! aku try dengar cakap kau. Kau cakap aku boleh buat. doakan aku kawan! doakan aku. sebab aku tak cukup kuat untuk buat apa yang kau suruh. aku tak cukup kuat untuk buat benda yang sama kau buat.

 Terima kasih sebab bagi aku peluang terakhir semalam. Terima kasih untuk bagi aku rasa apa yang da lama aku nak rasa. Terima kasih sebab kau da jadi kawan yang baik semalam. Terima kasih sebab kau cukup tabah bila aku mengamuk mengamuk semalam. Terima kasih sebab kau tenangkan aku semalam. Terima kasih sebab kau da buat aku cukup rasa kau memang kawan yang untuk aku semalam. Aku sayang kau sangat sangat! Tak tipu! Tak sorok! :)

0 comments: