CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 29 July 2012

Ayam hangus ayam mantap!

Assalamualaikum..mak saya cakap kalau tak pandai masak nanti mak mertua tak sayang. Betul ke??? Cepat cepat rasa gerun terus nak pandai masak dalam sekelip mata ibarat esok lusa nak kawin.hahaha

Sooo..arini nak share resepi ayam bakar. Ayam bakar ni best. Tak payah susah susah nak bakar pakai arang pastu habis baju, seluar, rambut, kulit segala bau asap. Bau asap tu sungguh tak best u'olls. I'olls tak minat bau asap. Bau duit suka! hahaha

Bulan bulan puasa ni tak elok kita tengok makanan awal awal sangat. Tapiiiiiiiiiii



AYAM HITAM LAGI LEGAM


 
 
 
AYAM PUTIH LAGI GEBU




PEMBAKARAN TERBUKA!
HAMBIK KAU!!!! (niat ati nak liurkan orang.Sendiri terliur!) *palmface! hahahahaa
Tolong ignore paper tu ye. Tolong. Nak buat ayam tu senang je kawan kawan sekalian.
Cara - cara:
1. Beli ayam kat pasar. *As ktorg dpt free je sbb junior serumah abang dia jual ayam. huahuahuahua thanks ina!
2. Bersih kan dengan sehabis baik. Penuh kasih sayang pun boleh. 
3. Basuh dengan tepung plus limau nipis untuk hilangkan hanyir ayam. *pakai cuka pun boleh
4. Toskan jangan bagi ada air banyak sangat.
5. Perapkan!!!! *teruja! hahaha
Bahan bahan untuk perap mengikut urutan:
1. Bawang besar
2. Bawang putih
3. Halia
4. Serai
5. Serbuk kunyit
6. Serbuk kari daging
7. Serbuk lada
8. Sos tiram
9. MADU!!!!!!!
10. Garam dan gula secukup rasa
Panjangkan? hahahaha saja bagi panjang. Penuh sikit page. hahahahaha
Bahan bahan tu semua gaul sekali dengan ayam tadi tu. Amaran keras! Jangan letak air untuk konon konon nak ada kuah. Jangan jangan. Jangan memandai! Nanti rupa dia jadi mcm ayam putih kat atas tu :)
Kitorang bakar ayam tu pakai multi purpose punya dapur. Benda alah tu sebenarnya cik nor a.k.a ibu wa punya. Hahaha wa pinjam buat masak kat hostel. Tapi sekarang ni tamak. Pinjam lagi dapur gas yang kecik tu buat masak. Masaknya bukan selalu. Buat penuh dapur je. hahahaha
Jadi..selamat mencuba. 
Peace YAW! Assalamualaikum :)
 
 

 
 
 


 

0 comments: