CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 5 October 2012

Percaya

Assalamualaikum..

Zaman sekarang memang susah nak percaya orang kan? Kalau kita percaya orang, belum tentu orang percaya kita.

Tapi bagi saya, kalau da bertahun kenal tu, tak kan tak percaya lagi kan? Ke memang susah nak terima pakai akal apa yang saya cakap?

nangis

Assalamualaikum

Entri ini memerlukan saya menarik nafas sedalam dalamnya. Emo sikit. hahahahahaha

Kawan saya cakap: Tak berbaloi menangis untuk orang yang tak reti menghargai kita.

Saya cakap: Saya menangis sebab saya gembira dia bahagia dengan orang lain. Saya menangis sebab saya rasa beruntung bagi pihak gadis berkenaan. Saya menangis sebab saya masih pada dia. Dan saya cukup bodoh sebab biarkan semua ni berlaku

Benda da lepas

Assalamualaikum and hello people!

Berapa kali kita selalu memberi peluang dekat orang yang kita sayang? Sekali? Dua kali? For me, selagi kita sayang orang tu, selagi tu la kita akan bagi peluang dekat orang yang kita sayang tu. Betul?

Sampai la orang yang kita sayang tu pergi tinggal kita macam tu je. Macam tu je ke? No. Benda da terang lagi bersuluh. Saya je tak nampak. What a poor girl kan? hewhewhewhew

Tapi tidak mengapa. Saya da maafkan dia. Dan saya harap dia bahagia bersama kekasih hatinya yang pandai, kurus, cantik tu.

:)

Wednesday, 19 September 2012

Cinta hati!

Assalamualaikum :)



Hari ni saya nak cakap yang....



saya benci dengan kerja group. Tak pernah suka pun sebenarnya. hahaha kejam kan? Tapi tu reality. saya sangat berharap UNITEN takde kerja group. Nak kerja individu. Ada tak? Kalau takde. Takpe. Cancel masuk UNITEN. hahaha

Tadi wa sembang dengan boipren wa. Sengal wei dia! Terus tak boleh tidur sebab dia punya sewel. Aku cakap elok elok. Dia main main. Aku cakap main main dia serius. Hampeh punye boipren!


Kindly meet my boipren yang tak berapa nak membantu sangat:








See! Memain lebih dia ni. Memang layak kalau aku ignore untuk 3 bulan.

k la.bye! :)

Tuesday, 18 September 2012

Awak dan awak sekali

Assalamualaikum.. what a week la kan :)

Ibu wa pernah cakap "Besar mana pun dugaan kita, Allah sentiasa ada untuk kita. Jangan lupa doa. Doa tu boleh buat kita kuat"

Yes. Aku ni nampak je brutal. Tapi wa punya hati manyak lembik macam tisu. Lu cakap lu tak jadi keluar dengan wa pun wa da boleh sebak semacam. Belum masuk bab bab tengok cerita cinta yang tangkap feeling. Habis wa nangis. 1000 kali tengok Remember Me 1000 kali tu jugak la aku pakat nangis. Over kan? emosi terlebih wa ni.

Minggu ni minggu paling terbaik aku pernah ada. Time ni la mesin basuh nak de conflict la ape la. It's ok. Semua da settle. And now. Aku happy tahap gajah la plak masalahnya! Masak masak. Susah kan hidup ni?

Kadang kadang aku rasa hidup ni complicated gila. Awak awak kalau ada dekat tempat saya mesti awak pening. Kalau awak da pening lagi la saya yang merasa. Sampai satu tahap saya rasa saya nak duduk diam diam dalam bilik tido sampai la saya balik penang.

Saya rindu rumah. Dekat rumah takde mamat sewel, perempuan mereng, lelaki tak berapa nak bijak, gadis banyak cerita, orang matang yang memeningkan. DAN! Dekat rumah takde masalah masalah yang tak sepatutnya wujud.

Penang dan kuala lumpur hanya beratus kilometer. Tapi aku still rasa jauh. Jauh der! Kalau aku la. Aku sanggup tidur dekat rumah diam diam dari travel sejauh penang dan kuala lumpur. Well, kawan aku cakap "kalau lah orang tu sanggup datang jauh jauh semata untuk pergi rumah kau, maksudnya dia sayang kau. Tak nampak lagi?" ehem..berapa kali aku nak cakap. Aku ni KAWAN dengan dia. Kawan la.

Then kawan aku cakap dengan kasarnya, "kawan tak kan susah payah travel jauh jauh. kalau aku, baik aku tido" Wait! kasar ke tu? hahaha ok.ignore aku please

It's ok peep's. Ibu wa cakap tak salah berkawan dengan beribu orang. Tak salah. So ok la kan. Wa kawan dengan dia. Wa selesa kawan dengan dia. Dia tak pernah suruh wa berubah. Wa nak berubah. Dia cakap tak payah. Then? Wa nampak dia as kawan yang baik. Kawan yang baik suppose terima semua perangai kita. Aku tau beza orang yang kawan dengan kita betul betul dengan orang yang kawan dengan kita sebab terpaksa.

Aku tau siapa yang betul betul kawan aku. Even dia kaki tipu ke ape ke. Dia still ada dekat aku time aku susah. Dia sanggup buat apa saja untuk aku. Orang yang konon mengaku kawan aku, bila aku susah..sound aku balik. Well..bila aku bercerita dekat kau maksudnya aku percya dekat kau. FYI, aku tak mintak duit kau pun. Aku just nak pandangan kau.

3 tahun setengah dekat unikop ni memang mengajar aku banyak benda. Beza kawan dengan lawan. Beza ikhlas dengan pura pura. Beza pencuri dengan peminjam. And! Beza kasih sayang dan simpati. hewhewhew

Jujur aku cakap..sepanjang dekat unikop. Aku sayang orang tu, orang ni, dia tu, dia ni..Tapi aku hanya simpati dekat makhluk tu. Tak lebih. Sebab simpati jugak aku ignore dia. Dia tak boleh salahkan aku. Aku jenis hati kental. Kau boleh mess up dengan aku. Jangan mess up dengan orang yang aku sayang. Kau cubit peha kanan dia, peha kiri aku berdarah. Cukup cukup la. Aku hormat kau atas beberapa sebab. Aku tak minta kau hormat aku. Just leave me alone. Biar aku decide apa aku nak buat. Biar aku decide dengan sapa aku nak in love, dengan sapa aku nak hang out. You said "no one would miss u than i do"

Silap besar tu. Silap. Wa rasa mak wa adalah segala galanya. Tak kan ada orang yang boleh sayang wa macam mana mak ayah wa sayang wa. Takde orang yang boleh rindu wa sebanyak mana mak ayah wa rindu wa. Wa ada problem, orang first wa cari adalah ibu wa. Bukan lu. So stop all the nonsense that u been telling others. Da da la tu menghancurkan hidup aku. Cukup la. Saya tak kan marah tak bersebab. Note that.

Saya happy dengan hidup saya sekarang. Yang lepas tu lepas la. Kalau awak nak ulang balik pun tak boleh. Once da buat, tak kan nak patah balik kan. Tak rock la camtu.

Sekian, terima kasih. DAN! awak yang "matamu redup bagai bayu". TERIMA KASIH :) U know terima kasih tu untuk apa

Friday, 3 August 2012

Perangai

Assalamualaikum..

Dear laman sosial yang disediakan khas untuk manusia membebel seorang diri didepan keyboard tanpa memikirkan bahawa beriadah diluar rumah lagi best dari beriadah membazir masa dihadapan laptop/ ipad/ tablet dan sebagainya. Selamat berpuasa. *motip??

Yang sebenarnya,
Lately ni ada orang tanya aku. Kenapa aku jarang msg, jarang call. Jawabnye simple je. Sebab kau tak start dulu. Corak permainan aku senang je. Bila orang start dulu, aku akan start kemudian. Aku jarang nak start dulu. Bila aku start dulu then ko ingore aku, memang aku akan stop start dulu. Sebab aku seorang yang cepat bosan. Kalau tengah borak then aku diam, itu bermaksud aku bosan.

Sebab tu jugak la aku ada semua account laman sosial. Tapi tak pernah stick dengan beliau2. Bila aku rasa best aku stick lama la. Bila aku rasa macam so so. Aku stick sekejap. Bila aku rasa benda alah tu heaven. Aku stick lelama sampai aku rasa nak lekat diri aku dgn glue. Bila aku rasa beliau langsung tak menarik perhatian, aku dump beliau. Nampak corak dia macam mana?

Tapi! Tapi! Aku bukan jenis orang yang suka dump orang sesuka hati. Semua orang perlu ada ruang untuk diri sendiri kan? Sejujurnya i'm not prefer to get along with people yang jujur teramat. As bila aku aku tanya arah tuju hidup then dia bantai jawab dari A to Z. Jangan salah faham bila aku cakap aku tak suka. Aku cuma tak suka bila dia melibatkan aku dalam pelan kehidupan dia sambil lewa. Maksudnya dalam erti kata lain bergurau nak melibatkan diri aku dengan pelan kehidupan dia. No. No. Saya tak suka benda yang tak pasti. As kalau awak betul betul nak macam tu, show me your effort. Not your laugh.

I'm 21. Bukan 12. Da masa untuk saya fikir masa depan saya. Dan awak yang tak tahu apa apa pasal saya jangan nak judge saya sesuka hati awak. Saya bukan jenis orang yang hanya akan cari kawan bila bosan. Saya bukan jenis orang yang akan layan sesiapa yang datang dekat saya. Bukan ye. Bukan. Awak salah tafsir saya. Dan itu buat saya sangat terasa sebab awak cakap awak kenal saya. No my friend. Awak tak kenal saya lagi. Rahsia saya belum dalam kocek awak lagi. Rahsia saya masih dalam kocek seluar jean saya yang saya beli 3 tahun lepas.

muka pemegang rahsia


mereka kenal saya luar dalam
kocek dia penuh dengan rahsia saya
Berhenti la bertanya kenapa saya tak msg, tak call. Sebab saya perlukan ruang dalam hidup saya juga. Saya hormat awak sebagai kawan saya. Saya juga menghormati hati saya yang terasa dengan perkataan awak. Semua orang sibuk dengan kerjaya masing masing. Tapi saya tak faham bila ada orang yang mempergunakan kesibukan bekerja sebagai alasan unutk tidak membalas msg, tidak call. So, awak expect saya sebagai student tak sibuk? Saya juga sibuk dengan macam macam benda. Tapi saya still boleh cari masa untuk saya luangkan dengan awak. Tapi bila awak gunakan alasan sibuk kerja. Saya rasa itu bukan alasan yang logik. Saya tidak berapa gembira bila orang menetapkan saya masa bila saya bleh msg, call.

Sebab otak saya da set. Saya takkan msg, call org yang menetapkan masa untuk saya bersembang. Saya tak perlukan temujanji untuk bersembang dengan kawan sendiri bukan? Itu bukan kawan kalau perlukan tempoh masa untuk berhubung. Saya agak kejam sebenarnya. Kalau awak cakap "saya rasa saya perlu remove awak dari fb saya.Nanti gf saya marah" saya dengan rela hati mengremove kan diri saya terlebih dahulu. Sebab saya tak suka bila orang letak limit pasal benda yang tak tentu dalam hidup saya.

Saya tak suka jadi yang kedua even benda tu best. Saya tetap saya. Awak boleh suruh saya ubah diri saya. Tapi awak tak boleh ubah diri saya dalam jangka masa yang lama. Saya boleh berkawan dengan orang boleh terima saya yang agak kasar ni. Kawan kawan saya tak pernah kisah kalau saya kasar, gemuk, pakai tudung macam mak cik mak cik or whatevar. Sebab dorang kenal saya. Saya yang macam mana.

Fuhhhhhh...sekian terima kasih. Puas lepas marah kat sini. Sekian. sekian

Wednesday, 1 August 2012

Dear kawan

Assalamualaikum

Saya mungkin boleh senyum bila saya pandang orang lain. Saya mungkin boleh ketawa bila orang lain ketawa dengan saya. Tapi saya tak boleh tipu diri saya sendiri. Saya boleh sembang dengan 1000 orang yang lain dari awak. Tapi tetap awak yang faham macam mana saya. Apa saya nak. Apa saya tak nak. Dan apa yang saya rasa.

Awak memang kawan terbaik saya pernah ada. Awak tak pernah tahu bertapa saya rindukan dorongan awak as a friend. Saya boleh ada 1000 kawan lain. Tapi dorang tak boleh nak buat macam mana awak buat dekat saya. I don't mind if others said i'm risking myself by continue be your friend. Sebab jadi kawan awak adalah satu anugerah yang sangat sangat sangat saya hargai.

Orang lain tak faham saya macam mana awak faham saya. Orang lain tak mampu nak layan kerenah saya macam mana awak layan kerenah saya. Ada yang cakap saya sunyi, bosan la ape la. No. NO! I'm just lost. Saya mula lost bila saya hilang awak as a friend. Sebab saya da hilang kawan yang selama ni ada bila saya susah, senang, sakit.

Dear awak yang awak tahu siapa yang saya maksudkan..saya nak awak tahu yang awak kawan berlainan jantina yang paling baik bagi saya. Remember when i told u that i don't want to be close to u?

I lied. I lied because i don't want you to know that i need u as my friend. I need u like badly. Saya ingat saya boleh cari kawan baik yang lain. Saya salah. Awak tetap awak. Saya tetap saya. Maaf