CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 10 January 2012

Saya belajar

Assalamualaikum

 Saya belajar bahasa melayu dari cikgu yang sangat pandai mengajar anak muridnya. Jadi saya faham bahasa melayu awak.

 Saya belajar bahasa inggeris dari cikgu yang bijak mengajar anak muridnya. Jadi saya faham bahasa inggeris awak.

 Saya belajar matematik dari cikgu yang pakar mengajar anak muridnya. Jadi saya tahu tentang angka. Seperti 3 lebih besar dari 1.

 Saya belajar ilmu tentang manusia dari cikgu biologi saya. Cikgu saya bijak mengawal tindakan anak muridnya. Tetapi saya gagal memahami seluruh mata pelajarannya bila saya meningkat dewasa.

 Secara jujur. Saya seorang yang mendengar arahan. Bukan memberi arahan. Saya akan tewas jika memberi arahan sebab saya lebih suka menjadi orang yang mendengar arahan.

 Jadi..sila berterus terang tentang apa yang awak rasa. Sebab saya boleh menerima dengan hati yang terbuka. Dan juga sebab saya menilai orang dari semua aspek.

0 comments: