Assalamualaikum
Semalam ada sorang ni dengan baik hatinya menanyakan soalan dekat aku yang sangat cetek ilmu agamanya.
"Kenapa dalam Islam kita kena memilih pasangan kita?"
Well..aku tak jawab semalam. As aku tak yakin dengan jawapan aku. But arini aku rasa nak jawab. Sebab da ingat balik apa Ustazah aku ajar dulu time Munakahat. Munakahat tu apa? Ehmm..munakahat tu subjek yang paling aku suka dekat sekolah agama dulu. Kalau hari Selasa ada Munakahat. Aku TIDAK akan ponteng sekolah. Sebab aku gatal nak belajar bab kawin. Yup munakahat is about perkahwinan. Dari sesi memilh pasangan sampai la ke cerai berai. Amacam? Ada hati dan perasaan nak pinjam kitab aku tak? haha
Tapi..jawapan yang aku bg ni. Bukan 100% bergantung pada kitab munakahat aku okies. I buat research U'olls.. untung la kalau aku buat assignment pun rajin macam ni. untung laaaa.mesti ANC! hahaha *gelak orang gila
Sebagai mana semua orang tahu la kan. Kaum adam adalah kaum yang sepatutnya melindungi kaum hawa. Sebab itu kaum hawa dijadikan dari tulang rusuk kaum adam. Bukan dari part badan yang lain. Sebab tu la kaum lelaki ni lebih gagah perkasa dari kaum perempuan. Kalau kita tengok balik keadaan semasa zaman sekarang ni. Kaum wanita sedang berusaha untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Apa yang lelaki boleh buat perempuan pun nak buat la senang ceritanya. Tapi...ini tidak sama sekali mengubah fitrah alam yang mengangkat kaum lelaki sebagai ketua dalam keluarga.
Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh yang mempunyai pendidikan agama yang sempurna serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Di mana melalui panduan agama, seorang suami itu berwajiban menggauli isterinya dengan baik dan memberi nafkah sesuai dengan tuntutan Islam.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: Maksudnya :
“Lelaki itu pemimpin yang bertanggungjawab atas kaum wanita dan kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana telah membelanjakan harta mereka”.
Dalam ayat di atas jelas bahawa suami mempunyai kekuasaan terhadap isteri di mana isteri hanya membantu suami dalam urusan rumahtangga. Lelaki yang benar-benar dapat mengendalikan kewajiban seorang suami mestilah berupaya menjadi ketua keluarga yang bertugas memimpin, mendidik dan memberi kasih sayang terhadap rumahtangga.
Di antara faktor penting dalam mengutamakan agama yang disarankan oleh Islam ialah :-
1. Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman agama yang kukuh serta praktikal.
2. Melaksanakan syariat Islam berdasarkan prinsip yang berterusan.
3. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam hidupnya.
4. Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di dalam rumahtangga.
Selain dari itu wajar bagi lelaki seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia, seorang yang penyayang, suka memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil berat terhadap keluarganya.
Walau bagaimanapun, sebagai kaum lelaki sudah masanya dari sekarang melengkapkan diri dengan mencari dan mempelajari ilmu Islam sebanyak mungkin untuk persediaan di hari muka. Oleh itu, ingatlah bahawa kaum wanita pada hari ini sudah mengerti memilih calonnya di mana bukan sahaja lelaki yang kacak malahan bijak pula dalam selok belok agama yang sememangnya layak menjadi suami.
Ok..yg atas ni aku copy paste :P
0 comments:
Post a Comment