CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 28 September 2011

Kehilangan

Harini adalah hari untuk bercerita pasal kehilangan..tak pernah rasa? Sila cakap untung kepada diri sendiri..sila yeeee
Aku start hilang ahli keluarga since kecik lagi..yg paling aku ingat time arwah Tok Ayah meninggal. Time tu aku kecik lagi..tak rasa sangat. Cuma rasa takut coz Tok Ayah ttbe da takde..and now bila aku ingat balik sume tu. Sangat sangat sedih..ye! aku rindu Tok Ayah sebenarnya..sebenarnya aku nak sangat cakap dengan arwah Tok Ayah..

Tok..kak p sayang tok. Kak p nak cakap sorry sebab kak p rasa kak p nakal yang tak boleh bendung masa kecik..kak p tak pernah lupa Tok. Kak p nak minta maaf sebab da lama tak jenguk kubur Tok. Kak p nak minta maaf sebab kak p rasa kak p banyak buat dosa dengan Tok. Kak p rasa kak p bukan cucu yang baik. Kak p minta maaf..and again..kak p sayang Tok Ayah sangat sangat. Kak p janji yang I will change. I will Tok Ayah. Kak p janji kak p akan jaga solat kak p. Kak p janji kak p tak kan buat benda bukan bukan lagi. Kak p rindu Tok Ayah! :(

Then aku hilang tok sedara.ramai juga la...masa tu aku da besar. Aku da tau erti kehilangan but still aku jahil which aku tak rasa sedih sampai nangis. Mungkin juga faktor jarang jumpa buat aku tak rasa kehilangan. Tapi sekarang bila ingat balik..yes! Sekarang baru aku rasa sedih..padahal sedara sedara yang lain dari dulu da rasa..

Masa sekolah aku hilang kawan..yes! KAWAN..dia muda dari aku. Actually dia jiran kawan aku. Tapi kawan aku bawa dia datang masa datang makan makan kat umah aku. So kitorang rapat dari situ. Kebetulan kitorg satu sekolah. JAdi tak jadi isu la kalau nak sembang sembang dengan dia. Arwah meninggal sebab sakit. the best part is..sehari sebelum dia masuk wad. Aku jumpa dia kat kaki lima sekolah. And tu kali terakhir aku jumpa dia. Malam dia meninggal, kawan aku msg cakap dia da takde. Time tu aku ngah study..sok nye de test. Yes! aku degil..aku cakap dgn parents aku yg aku kuat and aku still nak study untuk test. Tapi tak! Aku tak boleh study..semalaman aku ingat kat arwah. Arwah baik, senang bawak sembang and dia sangat cantik. Tak tipu..elok je kecik molek budaknya..and yes! tu first time aku menangis sebab kehilangan kawan

Then masa aku kat kolej..masa aku cuti nak final exam. Aku balik umah. Tiba tiba balik terus demam..fine la kn.demam bukan boleh elak elak..time aku tengah mamai mamai lepas makan ubat, adik aku call. Pakai public phone sekolah. Dia cakap " Along..watpe? cikgu rahmat da x de..dia meninggal pagi td" Yesssss...time tu jugak aku rasa macam totally lost. Aku siap cakap adik aku penipu. Then aku msg sume kawan aku..dorang pun cakap benda yang sama..

Arwah da macam ayah aku. Aku pernah cakap yg kalau aku kawin, aku nak suami aku macam cikgu rahmat. Arwah tak malu makan bekal yang isteri dia bekalkan. Arwah cikgu matematik aku. Aku selalu gaduh nak markah lebih dgn arwah. Arwah selalu bahan aku dalam kelas. Pernah sekali arwah tolong aku lukis kotak. Jap jap! Bukan tolong...arwah ajar aku lukis kotak. Dia ajar 1 kelas lukis kotak. Dia datang lukis kat buku kitorang..aku tak pernah jumpa cikgu sebaik arwah..tak pernah.. Arwah suka share story time mengajar..yes! aku rindu time tu..sangat rindu! Aku nak sangat cakap kat arwah..

Terima kasih cikgu sebab ajar saya selama ni. Terima kasih sebab ajar dan tolong saya lukis kotak. Terima kasih sebab bersabar dengan kerenah dan perangai giler saya. Terima kasih sebab bagi tumpang pergi dan balik dari kem kadet. Terima kasih sebab bagi saya karok dalam kereta cikgu. Terima kasih sebab belanja saya makan dan minum. Terima kasih sebab bg saya pangkat. Terima kasih sebab cikgu selalu buat saya ketawa supaya sy tak tido dalam kelas. Terima kasih untuk ilmu cikgu yang say guna sampai bila bila. Dan terima kasih sebab cikgu tunjukkan dunia dekat saya :)

Kehilangan memang sakit..sangat sakit! Terutama bila kita rapat dgn orang tu. Sebab tu aku paling risau bila orang yang aku sayang sakit. Aku risau bila orang yang aku sayang tiba tiba diam..aku risau aku akan hilang kasih sayang. Sebab tu menurut seseorang..aku tamak kasih sayang. Peduli laaaaaa..janji aku dpt kasih sayang

But yes..aku paling risau kehilangan ibu dan ayah aku. I'm nothing without them

k bai

0 comments: